CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1154|Reply: 0

[Terengganu] Selain UAI, 12 selebriti agama terima tauliah dari Maidam

[Copy link]
Post time 28-9-2023 03:08 PM | Show all posts |Read mode

PU Azihal (kiri) dan Dr Mohd Izhar Ariff. FOTO Arkib NSTP

Kuala Terengganu: Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) antara 13 selebriti agama yang menerima tauliah mengajar daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu untuk tempoh lima tahun.

Kesemua mereka lulus temu duga untuk tauliah mengajar dalam tempoh lima tahun bermula 1 Julai hingga 30 Jun 2028.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), M Rozi Bidin berkata, mereka yang diberikan tauliah dibenarkan untuk memberi ceramah dan mengajar agama Islam; mengajar al-Quran, tauliah khas mengajar agama sahaja serta mengajar agama termasuk berkitab, ceramah umum dan pengajian al-Quran.

"Selain Ustaz Azhar, 12 lagi selebriti lain termasuk PU Azihal, PU Syed, Abdullah Khairi Haroon, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Ahmad Rizam Ghazali dan Syed Abdul Kadir Syed Hussin Al-Joofre.

"Sebelum ini, kita sudah memanggil Ustaz Azhar sebanyak tiga kali, namun beliau tidak datang dan kali ini beliau lulus dalam temuduga yang dibuat baru-baru ini," katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman di sini, hari ini.

M Rozi berkata, pihaknya menggesa mana-mana individu yang berkelayakan boleh memohon mendapatkan tauliah mengajar dan ceramah.

"Mereka yang memohon ini akan dinilai oleh beberapa panel yang dipilih diketuai Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Harun bagi memastikan layak atau tidak diberikan tauliah.

"Kita tidak meluluskan semua tauliah kerana kita akan membuat penelitian dari pelbagai sudut terutama aspek pengajarannya dan sebagainya," katanya.

Katanya, sehingga kini, lebih 1,300 individu sudah menerima tauliah layak mengajar dan ceramah di negeri ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tauliah-dari-maidam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.053802 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list