CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1184|Reply: 0

[Kelantan] Bekas wartawan sambilan terlantar terima sumbangan Tabung Kasih@Hawana

[Copy link]
Post time 28-9-2023 03:09 PM | Show all posts |Read mode

KETUA Biro Bernama Kelantan, Noor Bakhtiar Ahmad (kanan) menyampaikan bantuan penghargaan atas inisiatif Tabung Kasih@HAWANA kepada bekas wartawan sambilan Berita Harian Kelantan Rokaid Chik ketika menziarahi beliau di Kampung Selising. FOTO BERNAMA

Pasir Puteh: Bekas wartawan sambilan Berita Harian Kelantan Rokaid Chik yang terlantar selepas tiga kali diserang angin ahmar menzahirkan penghargaan atas inisiatif Tabung Kasih@Hawana menyalurkan bantuan kepadanya.

Biarpun mengalami masalah bertutur (sebutan tidak jelas) dan masalah pendengaran, Rokaid, 58, tetap mahu menyampaikan rasa terharunya kerana masalah kesihatan yang dihadapinya mendapat perhatian daripada komuniti pengamal media.

"Terima kasih Menteri (Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil) yang cakna dengan keadaan saya," katanya ketika ditemui Bernama selepas menerima sumbangan daripada Sekretariat Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023 di kediaman beliau di Kampung Selising, di sini semalam.

Sementara itu, isteri Rokaid, Rosmahani Ramli, 58 berkata kali pertama suaminya diserang strok kecil pada 2014 namun kembali pulih selepas menjalani rawatan.

"Kali kedua beliau diserang strok pada 2018 dan pada 2020 kali ketiga menyebabkannya koma selama tiga bulan. Kini, kedua-dua belah anggota badannya tidak dapat berfungsi seperti biasa, tidak dapat bergerak dan hilang pendengaran.

"Oleh sebab dia tidak dapat mendengar, kami berkomunikasi menggunakan aplikasi WhatsApp walaupun saya hanya berada di sebelahnya," katanya.

Menurutnya, sejak suaminya tidak bekerja, semua perbelanjaan keluarga diurus sendiri termasuk membayar upah penjaga bagi menguruskan Rokadi selain urusan persekolahan dua lagi anak mereka.

"Tiada siapa di rumah bila saya keluar mengajar di sekolah jadi saya upah orang menguruskannya sementara saya balik kerja. Saya telah memohon untuk bersara awal tahun ini bagi meluangkan masa sepenuhnya bersama suami," katanya.

Sementara itu anak bongsu pasangan itu, Nurin Atuni Sofea,19, berkata dia akan menyambung pengajian dalam bidang perubatan di sebuah universiti di Mesir awal bulan depan demi merealisasikan hasrat bapanya yang ingin melihat dirinya menjadi doktor.

Namun katanya, untuk permulaan mereka terpaksa menyediakan kira-kira RM40,000 setahun bagi mengikuti pengajian berkenaan tidak termasuk kos penginapan dan keperluan lain.

"Saya harap semuanya dipermudahkan dan dimurahkan rezeki untuk mencapai cita-cita ini dan dapat memberi sedikit kegembiraan buat abah dan umi," katanya.

Tabung Kasih@Hawana yang diwujudkan sempena Hawana 2023, bertujuan menyantuni pengamal media, bekas petugas media dan wartawan veteran yang memerlukan bantuan.

Ia adalah inisiatif Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dan dilaksanakan menerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sejak 14 April 2023 sebagai usaha berterusan membantu komuniti media yang berdepan dengan kesukaran dan cabaran hidup.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -tabung-kasihhawana

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.059241 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list