CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3018|Reply: 0

[Pahang] Kastam rampas 4.8 juta batang rokok putih bernilai RM3.65 juta

[Copy link]
Post time 30-9-2023 11:13 AM | Show all posts |Read mode
Kuantan: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang mematahkan sindiket cubaan penyeludupan rokok putih yang dianggarkan bernilai RM3.65 juta di laluan Lebuh Raya Kuantan-Segamat, Pekan.

Pengarah JKDM Pahang Mohd Asri Seman berkata, rampasan itu dilakukan pada 13 September lalu oleh sepasukan Bahagian Penguatkuasaan JKDM negeri selepas menahan sebuah lori berhampiran simpang masuk ke Estet Simpai, Lebuhraya Kuantan-Segamat, Pekan pada 2 petang.

Menurutnya, turut ditahan seorang lelaki yang juga pemandu lori terbabit berusia dalam lingkungan 40-an.

"Hasil pemeriksaan mendapati muatan yang dibawa adalah rokok yang disyaki barang larangan import rokok putih yang disyaki barang larangan import yang dirampas adalah sebanyak 4.8 juta batang.

"Nilai rampasan adalah dianggarkan sebanyak RM384,000 dan jumlah duti dan cukai yang terbabit dianggarkan sebanyak RM3,206,400.

"Nilai keseluruhan rampasan membabitkan sebuah lori dan rokok termasuk duti dan cukai dianggarkan berjumlah RM3,650,400.

"Kes ini membabitkan rampasan terbesar Bahagian Penguatkuasaan JKDM Pahang tahun ini.

"Lori dan rokok yang dirampas dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Kuantan untuk siasatan lanjut," katanya ketika sidang media di Wisma JKDM Pahang di sini, hari ini.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Akta Kastam 1967 iaitu rokok-rokok ini diklasifikasi sebagai barang yang dilarang pengimportannya di bawah Butiran Satu, Bahagian Dua, Jadual Ketiga, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

Katanya, jika disabitkan kesalahan, mahkamah boleh mengenakan hukuman denda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barang atau RM100,000 (yang mana lebih tinggi) sehingga tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barang atau RM500,000 (yang mana lebih tinggi) atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Mohd Asri berkata, modus operasi sindiket itu adalah dengan menggunakan lori dan bergerak aktif pada waktu kemuncak bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Katanya, kes itu disyaki dilakukan oleh satu sindiket penyeludupan rokok yang menggunakan laluan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dan melalui Lebuhraya Kuantan-Segamat bagi tujuan pengedaran di kawasan selatan tanah air.


MOHD Asri menunjukkan gambar lori yang membawa muatan rokok putih yang dirampas. FOTO Asrol Awang

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bernilai-rm365-juta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.056231 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list