CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2946|Reply: 0

[Kelantan] Umno sudah jangka keputusan Pas tidak tanding jawatan 'Top 5'

[Copy link]
Post time 30-9-2023 11:19 AM | Show all posts |Read mode

Kota Bharu: Umno Kelantan sudah menjangkakan keputusan Pas yang tidak akan mempertandingkan bagi lima jawatan tertinggi parti itu.

Timbalan Ketua Penerangan Umno Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor, berkata pihaknya tidak terkejut dengan keputusan yang dibuat parti berkenaan.

"Saya melihat apabila keputusan tiada pertandingan dibuat dalam sesebuah parti, perkara pokoknya adalah untuk menjaga kestabilan parti daripada perpecahan pasca pemilihan.

"Cuma bezanya Pas kali ini tidak mempertandingkan lima jawatan teratas dan ia sangat mengejutkan.

"Ini sesuatu keputusan yang pelik dan menjadi tanda tanya sebahagian ahli Pas yang tentunya merasakan hak mereka dinafikan, seolah-olah tidak mahu watak-watak baru menggantikan pimpinan sedia ada," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, dengan keputusan itu sudah tentu Umno dilihat lebih demokratik berbanding Pas kerana Umno hanya tidak mempertandingkan dua jawatan utama sahaja dan jawatan tiga naib presiden tetap dibuka.

"Lagipun, pemimpin Umno berbeza dengan Pas. Jika dilihat daripada mula Tan Sri Abdul Hadi Awang memegang jawatan Presiden Pas selama 20 tahun bermula pada 2003 sehingga kini.

"Sedangkan Umno sudah mempunyai tiga presiden bermula daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak sehingga kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang terkini.

"Ternyata Umno lebih demokratik dan mendengar suara akar umbi berbanding Pas," katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan tiada pertandingan bagi lima jawatan tertinggi Pas pada Muktamar Tahunan ke-69 parti itu yang dijadual berlangsung bulan depan.

Lima jawatan itu ialah presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nding-jawatan-top-5

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.055043 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list