CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3114|Reply: 0

Pandelela, Dhabitah sandaran tambah pingat

[Copy link]
Post time 30-9-2023 12:08 PM | Show all posts |Read mode

PANDELELA Rinong-Nur Dhabitah Sabri menjadi sandaran pingat terjun hari ini.




PETALING JAYA: Turun de­ngan status pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia di Hungary tahun lalu, gandingan ­penerjun senior, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri menjadi sandaran Malaysia untuk meraih pingat Sukan Asia dalam acara 10 meter (m) platform seirama wanita hari ini.

Selain Pandelela-Nur Dhabitah, cabaran Malaysia pada hari pertama sukan terjun di Hangzhou turut digalas ­Muhammad Syafiq Puteh dan Ooi Tze Liang dalam 3m papan anjal lelaki.

Reputasi besar China yang merupakan kuasa terjun dunia menyaksikan perebutan emas amat sukar, dan bagi penerjun negara, berjaya meraih pingat tanpa mengira warna dianggap satu pencapaian baik.

Gandingan juara Olimpik serta dunia, Quan Hongchan dan rakannya Chen Yuxi sekali lagi bakal menjadi pencabar Pandelela-Nur Dhabitah.

“China kuasa besar terjun dan sukar untuk negara lain menggugat mereka bagi me­rebut emas dan apa yang ­realistik ialah perak dan gangsa. Malaysia juga hadir dengan rekod kurang baik.

“Kita harapkan Pandelela dan Nur Dhabitah kembali ke prestasi terbaik untuk memberi cabaran kepada China, sekurang-kurangnya perak,” kata peng­analisis sukan, Mohd. ­Sadek Mustaffa.

Sementara itu, pengurus pasukan terjun ke Sukan Asia, Datuk Leong Mun Yee berkata, tujuh penerjun lelaki dan lima wanita akan menjadi sandaran Malaysia bagi merebut pingat pada temasya empat tahun sekali itu.

“Pandelela akan mengetuai kontinjen bersama Nur Dhabitah, Kimberly Bong, Ong Ker Ying, Ng Yan Yee, Tze Liang, Muhammad Syafiq, Bertrand Rhodict Lises, Enrique Maccartney Harold, Jelson Jabillin, Gabriel Gilbert Daim dan Hanis Nazirul Jaya Suria,” katanya.

https://www.utusan.com.my/sukan/ ... aran-tambah-pingat/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.191364 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list