CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3144|Reply: 0

Kegagalan di final sepak takraw Sukan Asia bukan 'penamat dunia'

[Copy link]
Post time 30-9-2023 01:39 PM | Show all posts |Read mode

MALAYSIA terpaksa berpuas hati dengan perak untuk sekurang-kurangnya menyamai pencapaian edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia. - Foto Bernama

Hangzhou: Kegagalan meraih pingat emas dalam acara berpasukan lelaki bukanlah 'pengakhiran dunia' memandangkan skuad takraw negara masih boleh menebus kekecewaan dalam acara regu dijadual bermula minggu depan.

Tekong skuad negara, Syahir Rosdi menegaskan rakan sepasukannya akan mencuba sedaya upaya bagi mendapatkan pingat emas dalam acara regu sekali gus mempertahankan pingat yang dimenangi mereka pada temasya Jakarta-Palembang, lima tahun lalu.

Jelasnya, aksi dalam acara berpasukan memberi banyak pengajaran kepada skuad takraw negara dan mereka sudah mula mendapat rentak selain mengharapkan momentum itu dapat diteruskan dalam acara regu.

"Ada peningkatan ketika final (kelmarin) dan kami dapat tunjukkan aksi yang lebih baik, jadi kami harap dapat konsisten. Perjuangan kami bekum habis lagi dan kami takkan putus asa.

"Macam mana pun, kami akan cuba dapatkan pingat emas dalam acara regu," kata Syahir.

Terdahulu, pingat emas bagi acara berpasukan lelaki dimenangi oleh Thailand yang mengekalkan penguasaan dalam acara terbabit sejak edisi 1998 di Bangkok.

Pingat perak dimenangi anak buah Ahmad Jais Baharun itu sekali gus menyaksikan skuad negara mengulangi pencapaian sama bagi acara berpasukan lelaki pada Sukan Asia 2018 yang turut menjadi pingat perak ketiga buat negara di Hangzhou.

Sementara itu, apit kanan skuad takraw negara, Azlan Alias mengakui prestasinya belum lagi berada pada yang terbaik sekali gus dia akur bahawa dia perlu meningkatkan lagi persembahannya dalam acara regu selepas ini.

"Prestasi saya belum cukup baik kerana baru pulih daripada kecederaan tetapi itu bukan alasan. Saya datang ke sini untuk berperang.

"Mungkin Allah tak bagi rezeki dengan acara berpasukan. Insya-Allah kita akan buat yang lebih baik untuk acara regu nanti," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... bukan-penamat-dunia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.070721 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list