CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4030|Reply: 0

Shereen ikut jejak langkah ibu

[Copy link]
Post time 1-10-2023 11:40 AM | Show all posts |Read mode

SHEREEN menamatkan saingan 400m di kedudukan ketiga. FOTO ASYRAF HAMZAH

Hangzhou: Selepas 17 tahun, olahraga kembali menghadiahkan pingat buat negara menerusi atlet 400 meter (m) wanita negara Shereen Samson Vallabouy yang merangkul pingat gangsa di temasya Sukan Asia, Hangzhou.

Biarpun gagal untuk memecahkan catatan peribadi terbaiknya yang juga rekod kebangsaan iaitu 51.80s, pingat gangsa yang diraihnya itu juga cukup bermakna.

Ia sekali gus mengulangi pencapaian yang dilakukan oleh ibunya, Josephine Marry pada 1986 dalam acara sama.

"Ia satu perasaan yang hebat dapat mara hingga peringkat ini. Ini adalah hasil usaha keras saya dan saya gembira dapat menghadiahkan podium buat Malaysia.

"Biarpun gagal untuk perbaharui rekod, tapi pingat gangsa ini juga beri makna yang besar dan ia menakjubkan," katanya.

Shereen menamatkan saingan dengan catatan 52.58s yang menyaksikan atlet Bahrain, Mujidat Adekonya memenangi pingat emas (50.66s) dan rakan senegara, Salwa Eid Naser merangkul perak dengan 50.92s.

Bermula dengan baik di awal larian, Shereen bagaimanapun gagal mengejar kepantasan dua pelari Mujidat dan Salwa Eid Naser yang sudah jauh di depan.

"Saya bermula dengan baik tapi dua pelari Bahrain itu sangat pantas, saya cuma cuba kekalkan kedudukan di bahagian belakang.

"Tapi dua pelari Bahrain itu membantu saya untuk saya terus ke depan," katanya.

Kemenangan itu menamatkan penantian skuad olahraga negara yang kali terakhir memenangi pingat perak dan gangsa masing-masing menerusi Roslinda Samsu dalam acara lompat bergalah dan Noraseela Khalid dalam acara 400m lari berpagar di Sukan Asia Doha, 2006.

Selepas ini Shereen akan berehat selama enam minggu sebelum kembali ke Amerika Syarikat  (AS) untuk menjalani latihan dalam usaha memburu slot ke Sukan Olimpik Paris tahun hadapan.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... t-jejak-langkah-ibu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.054554 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list