CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5031|Reply: 0

LTdL 2023: Strategi ‘gila’ julang EF Education

[Copy link]
Post time 1-10-2023 01:20 PM | Show all posts |Read mode

CARR (tengah) menyarung Jersi Hijau LTdL 2023 selepas dinobatkan sebagai juara keseluruhan perlumbaan kali ini sekali gus yang pertama dalam kariernya.

KUALA LUMPUR – Percaturan EF Education-EasyPost dengan membawa lima pakar pendaki pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 ternyata menjadi selepas Simon Carr mencipta sejarah menyarung Jersi Hijau selaku juara keseluruhan perlumbaan edisi ke-27 tersebut semalam.

Kemuncak kejayaan pasukan dari Amerika Syarikat (AS) tersebut adalah sewaktu di peringkat ‘Queen Stage’ Genting Highlands apabila Carr cemerlang menawan puncak gunung ketinggian 1,625 meter (m) tersebut secara solo.

Kemenangan Carr di Genting Highland menyaksikan pelumba berusia 25 tahun dari Great Britain tersebut terus menguasai baki tiga perlumbaan termasuk pada aksi penutup tirai di Menara Berkembar Petronas (KLCC) tanpa dicabar hebat pasukan lain sejurus menamat saingan dengan masa keseluruhan 29 Jam 17 Minit 41 saat (s)

Lebih menarik, EF Education turut mencatat sejarah apabila mendominasi perlumbaan jelajah terulung Asia tersebut dengan kemenangan 1-2 selepas pakar pendaki, Jefferson Alexander Cepeda di kedudukan kedua (0.49s).

Pada saingan di LTdL, selain Cepeda dan Carr, EF Education turut dibantu pelumba terbaiknya iaitu Odd Christian Eiking, Michael Valgren, Scully Thomas dan juga Jardo Christiaan Van Der Lee yang turut menjadi tulang belakang kejayaan pasukan tersebut.

Kemenangan tersebut sekali gus menutup episod kekecewaan pasukan tersebut musim lalu apabila dikecewakan pasukan Movistar menerusi pelumba pakar pendaki, Ivan Ramiro Sosa mencipta kejutan meraih jersi keseluruhan tersebut.


EF EDUCATION muncul juara keseluruhan pada edisi ke-27 siangan LTdL kali ini.

Sementara itu, pasukan Tudor Pro Cycling Team juga tidak kurang hebatnya apabila turut melakar sejarah dengan kejayaan menyarung Jersi Jingga (Raja Pecut) dan Jersi Polka Dot (Raja Bukit).

Pelumba sensasi mereka, Arvid De Kleijn menepati ramalan apabila menguasai status Raja Pecut sejak Peringkat 1 tanpa dicabar hebat mana-mana pelumba lain.

De Kleijn yang terkenal dengan gelaran ‘Little Gorilla’ mengekalkan Jersi Jingga sekali gus mengekalkan status Raja Pecut selepas mengumpul 72 mata keseluruhan.

Sementara itu, pelumba Astana Qazaqstan, Gleb Syritsa (Astana Qazaqstan) tempat kedua dengan 58 mata dan Sasha Weemaes (Human Powered Health) ketiga dengan 55 mata.

Jersi Polka Dot (Raja Bukit) pula menjadi milik rakan sepasukan De Kleijn, Simon Pellaud selepas mengumpul 32 mata diikuti Carr, 20 mata dan Pablo Castrillo dengan 13 mata.

Sementara itu, Jersi Putih pada LTdL kali ini bertukar tangan apabila pelumba Astana Qazaqstan Team, Vadim Pronskiy merampas jersi Terbaik Asia musim lalu dari pelumba pasukan Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Jambaljamts Sainbayar.

Dalam pada itu, pada peringkat terakhir perlumbaan semalam, pelumba Astana Team, Gleb Syritsa berjaya muncul sebagai pemenang dengan destinasi penamat yang berakhir di Menara Berkembar Petronas (KLCC) menjadi miliknya semalam.

Pada perlumbaan yang bermula di Setia Alam dan melalui perjalanan sejauh 156.5 kilometer (km) tersebut, kesabaran Syritsa membiarkan kelompok pelumba melakukan breakway pada pertengahan tidak mendatang masalah apabila berjaya menyimpan tenaga untuk henjutan terakhir.

Pada 150 meter terakhir, pelumba berusia 23 tahun itu meningkatkan kelajuannya sebelum muncul juara sekali gus menjadi kemenangan keduanya pada perlumbaan LTdL 2023 selepas muncul juara Peringkat 2 pada 24 September lalu.

https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... ulang-ef-education/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.520526 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list