CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6781|Reply: 1

Shereen mahu berehat sepuasnya

[Copy link]
Post time 1-10-2023 04:31 PM | Show all posts |Read mode

SHEREEN menamatkan perlumbaan 400m di tempat ketiga, semalam. FOTO ASYRAF HAMZAH

Hangzhou: Selepas mencatatkan kenangan manis di temasya Sukan Asia, Hangzhou dengan kejayaan meraih gangsa dalam acara 400 meter (m), ratu trek negara, Shereen Samson Vallabouy mahu menghabiskan masa bersama keluarganya di Ipoh, Perak selepas sekembalinya ke tanahair.

Dia yang kini berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) diberi cuti rehat selama enam minggu sebelum memulakan musim baru tahun depan dalam misi melayakkan diri secara merit ke temasya Sukan Olimpik Paris.

Selepas menempuhi musim yang panjang dengan dibelenggu kecederaan serta mencatatkan nama sebagai pemegang tiga rekod kebangsaan 200m (23.33s), 400m (51.80s) dan 400m dalam dewan yang pertama dalam sejarah, Shereen menzahirkan rasa syukur kerana berjaya menamatkan larian di kedudukan podium.

"Saya gembira kerana dapat mengikut jejak langkah keluarga saya memberi pingat buat negara dalam sukan ini.

"Ibu (Josephine Mary) dan bapa (Samson Vallabouy) sentiasa memberikan sokongan kepada saya.

"Biarpun mereka pernah berikan pingat kepada negara, tapi mereka tak pernah beri tekanan kepada saya kerana mereka tahu ia akan menjadi sukar.

"Mereka mahu saya menikmati perlumbaan, berseronok dan cuba berlari sepantas yang saya boleh.

"Kini pingat gangsa Sukan Asia dalam genggaman dan saya mahu menghabiskan masa bersama mereka selama enam minggu ini," katanya.

Namun misinya di Hangzhou kali ini masih belum tamat kerana dia turut dijadualkan memperkuatkan barisan kuartet 4x100m negara yang akan berlangsung Selasa ini.

"Kedudukan saya dalam kuartet negara masih belum pasti lagi dan semuanya terpulang kepada keadaan hamstring saya jika tiada sebarang masalah atau kecederaan mungkin saya akan membantu kuartet negara nanti.

"Ketika ini saya fokus kepada pemulihan terlebih dahulu dan kita lihat bagaimana keadaannya nanti," kata Shereen.

Shereen tersenarai dalam enam pelari wanita bersama-sama Zaidatul Husnia Zulkifli, Azreen Nabila Alias, Nur Afrina Batrisya dan Nur Aisyah Rofina Aling.

Terdahulu Shereen berjaya menamatkan penantian 17 tahun Malaysia untuk meraih sebutir pingat dalam acara olahraga di Sukan Asia.

Atlet berusia 25 tahun itu, mencatatkan 52.58s di Stadium Olimpik Hangzhou di sini, sedikit perlahan berbanding rekod kebangsaan miliknya 51.80s.

Acara itu dimenangi pelari Bahrain yang menamatkan saingan di kedudukan dua teratas, apabila Adekoya Oluwakemi Mujidat meraih emas dengan larian 50.66s, manakala Salwa Eid Naser (50.92s) membawa pulang perak.

Kejayaan semalam juga menyaksikan Shereen mengulangi pencapaiannya ibunya, Josephine Mary sebagai pemenang pingat di Sukan Asia, yang pernah meraih gangsa acara 800m edisi 1986 di Seoul, Korea Selatan dan 4x400m edisi 1990 di Beijing, China.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... u-berehat-sepuasnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2023 03:43 PM | Show all posts
Wow, sheols tgh pursue degree kat US rupanya, brilliant sheols ni!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.052550 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list