CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17427|Reply: 0

[Kelantan] Ibu sedia derma hati demi pastikan Nur Afiya Husna sihat

[Copy link]
Post time 1-10-2023 04:47 PM | Show all posts |Read mode

Nur Afiya Husna Hashim yang berusia setahun empat bulan menghidap penyakit kegagalan fungsi hati atau Biliary Atresia. - Foto NSTP/HAZIRA AHMAD ZAIDI



Machang: Ibu kepada kanak-kanak berusia setahun empat bulan yang mengalami kegagalan fungsi hati atau 'Biliary Atresia', Nur Afiya Husna Hashim, sedia menderma sebahagian hati kepada anaknya itu.

Hazirah Hashim, 32, berkata, harapannya itu bagaimanapun tipis berikutan wang belum mencukupi, namun tetap berterima kasih kepada orang ramai yang menyumbang bagi meringankan beban terutama untuk membeli makanan tambahan kesihatan kepada Nur Afiya Husna bagi mengawal kerosakan hati.

Ditanya mengenai kesihatan anaknya itu, Hazirah berkata ia itu tidak banyak berubah kerana perut Nur Afiya Husna membuncit selain mata kekuningan.



"Bagi memastikan hati didermakan bersesuaian, saya perlu menjalani pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), namun terpaksa ditangguhkan kerana berdepan kekangan kewangan untuk ke sana.

"Saya seboleh-bolehnya mahu pembedahan segera dijalankan bagi memastikan kesihatan Nur Afiya Husna, namun apakan daya kos pembedahan terlalu besar," katanya.

Media sebelum ini melaporkan suami isteri dari Kampung Gaung, Pangkal Meleret, di sini, tidak dapat menahan pilu apabila doktor menjangkakan usia anak mereka tidak panjang berikutan menderita kegagalan fungsi hati.

Doktor turut menjangkakan anak bongsu daripada tiga beradik itu hanya mampu bertahan untuk tempoh dua tahun, serta menyarankan pembedahan pemindahan hati berjumlah RM200,000 di India atau China disebabkan keadaan fizikal Nur Afiya Husna yang tidak mengizinkan untuk pembedahan dilakukan di negara ini.

Setiap dua minggu atau sebulan sekali, Nur Afiya Husna perlu menghadiri temujanji di Hospital Tanah Merah bagi memantau perkembangan kesihatannya.

Hazira berkata, jika wang mencukupi, dia tidak akan pernah gentar untuk melakukan pembedahan pemindahan hati sekiranya proses penentuan kesesuaian penderma melayakkannya berbuat demikian.

"Saya sanggup lakukan apa sahaja demi melihat Nur Afiya Husna sihat seperti kanak-kanak normal lain walaupun terpaksa melakukan pengorbanan besar ini.

"Jumlah RM200,000 yang diperlukan untuk pembedahan amat besar dan itu belum lagi termasuk tiket penerbangan dan penginapan sepanjang berada di negara berkenaan, selain rawatan susulan perlu dilakukan sebelum dan selepas pembedahan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... r-afiya-husna-sihat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.053641 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list