CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28670|Reply: 189

Ira Kazar terima kifarah?

  [Copy link]
Post time 2-10-2023 07:05 AM | Show all posts |Read mode
Ira Kazar terima kifarah?


Kuala Lumpur : "Ira tengah mengalami kifarah sekarang, bukan? Dia pun dah reda, bersyukur dengan apa Allah beri kepada dia," kata isteri pelakon, Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz mengenai kifarah atau balasan yang diterima isteri Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar dalam satu siaran langsung dibuat Nilam di TikTok.

Walaupun tidak memperincikan maksud di sebalik Ira sudah menerima kifarah, namun Nur Nilam memberitahu wanita itu sudah reda dan ikhlas dengan ujian yang dilaluinya.


"Dia terima, dia ikhlas. Insya-Allah. Kita doa yang baik-baik untuk dia juga," katanya.


Menerusi video itu kelihatan Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, 28, sedang duduk di sisi Nur Nilam sambil bermain telefon.

Ira bagaimanapun tidak memberi sebarang reaksi terhadap luahan Nur Nilam dan hanya sesekali tersenyum sambil bermain telefonnya.


Kenyataan itu menimbulkan rasa ingin tahu netizen sehingga memintanya bercerita lebih lanjut mengenai kifarah diterima Ira.

Kehadiran Ira dalam video siaran langsung Nur Nilam turut mengundang perasaan kurang senang dalam kalangan pengikut.

Rata-ratanya meninggalkan komen yang memintanya untuk beredar dari siaran langsung itu serta mengimbau kembali busana Ira sewaktu majlis pernikahannya dengan pengarah handalan itu.

Biarpun dihujani komen negatif tetapi Ira tetap tenang dan tidak melenting, malah mampu tersenyum.

Kisah antara Syamsul dan Ira sentiasa menjadi perhatian ramai sejak pengarah itu mengumumkan sudah bernikah dengannya di Thailand pada 6 Januari lalu.

Sebelum itu nama Ira 'panas' susulan dakwaan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Syamsul dan bekas isterinya iaitu Puteri Sarah Liyana.

Bagaimanapun kemelut rumah tangga antara Syamsul dan Puteri Sarah berakhir dengan lafaz cerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... azar-terima-kifarah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2023 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Semak la nilam nih
Ko ngn ira sama jer
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
"Biarpun dihujani komen negatif tetapi Ira tetap tenang dan tidak melenting, malah mampu tersenyum."

Dgn kuasa "tenang" yg dimiliki ni jugak yg membuatkan dia berani skandal dgn suami org.  
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
matjerk replied at 2-10-2023 07:22 AM
"Biarpun dihujani komen negatif tetapi Ira tetap tenang dan tidak melenting, malah mampu tersenyum." ...

Kifarah?? Reda??? So betul lah suami dah taknak balik rumah??  Skg kena setepek kat muka sendiri.  Mcm gitu ke???
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm saje je nk triggered...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul kifarah memang padan muka! Allah bayar cash. Sebelum ni korang 1 keluarga jahat. Sampai sekarang kacau hidup PS. Memang sampai mati la fabirah and family takkan tenang hidup
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2023 08:05 AM | Show all posts
macam nak gamekan netijen je....

kita just wait&see malaysia penghujung nasib si ira dan apak nya

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Pe kifarah nye.. Sol ade skandal br ke..kalo Sol ade skandal br, tu pd iolsss br kifarah...so nak tau sape skandal br Sol je...hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2023 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingin memecah kesenduan ke
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Ak harap sol layan dia mcm dia layan PS.. Ditinggal2kan... PS mujur mertua sayang.. IK setakat ngadu ngn mak bpk je la...
Lg best sol blk bw madu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Sol kawen Baru ke? Kl betul alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalu redha, patutnya takdelah semak kat live sarah. Tak sudah2 create fake account dok kaco sarah
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 08:26 AM | Show all posts
Bosan betul entertainment news Malaysia ni..
ulang-ulang muka sama ja.. ulang-ulang ceta sama ja
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Dlm kes bighah ps ni, punca masalah si sol kepam. Dia ni jenis jantan haprak ..bukan family man. Terlampau dimanjakan sgt kot Kan? Harap2 syaikhul X ikut perangai bapaknya. Ikut perangai atuk2 dia xpe
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Berapa ekor zirafah yg si Irah Zakar bela?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
miss_strangers replied at 2-10-2023 08:26 AM
Dlm kes bighah ps ni, punca masalah si sol kepam. Dia ni jenis jantan haprak ..bukan family man. Ter ...

Betul tu,, sol laaa kene luruskan diri dulu.. Punca segala.. Btw semenjak Nikah dgn ira.. Jrg nampak kat mana mana media yg sol back up ira dr kecaman,, Sarah dulu pun.. Sama..

Masa court kes bjalan je br nampak sol pertahan kan ira
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2023 08:31 AM | Show all posts
      
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Try hard nilam ni nk prhtian netizen..hari2 live bgtau dia bini komeng

Komeng who???
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm menganjing je.. tak pecaya dgn pempuan ni, dh la buat byk btl fake acc semata2 nk kacau psl..   yg silam ni kalau lakinya kena kacau pn meroyan jgk..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 08:33 AM | Show all posts
soooo? apa kifarahnya?
tak tgk live tu mna nk tau, sila list kan kifirah yg di katakan itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.066626 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list