CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3617|Reply: 0

[Terengganu] Bot kayu semakin dilupai

[Copy link]
Post time 2-10-2023 11:20 AM | Show all posts |Read mode

Abdillah Ghani, 58, (baju putih) sedang melakukan kerja di bengkel bot miliknya. FOTO NAZDY HARUN

Kuala Terengganu: "Walaupun harganya semakin mahal namun tempahan membuat bot nelayan masih ada dan untuk menyiapkan sesebuah bot juga memakan masa yang panjang," kata Abdillah Ghani, 58, Kampung Pulau Ketam dekat sini.

Menurutnya, sesebuah bot nelayan mengambil masa hampir dua tahun untuk disiapkan dengan harga RM800,000 sebuah tidak termasuk enjin dan kelengkapan menangkap ikan.

Katanya, biasanya bot nelayan pukat tunda dibina sepanjang 26 meter dan lebar lapan meter, manakala bot yang membawa bubu pula dibina sepanjang 23 meter dan lebar enam meter.

"Bot bubu biasanya mampu membawa 100 buah bubu dan binaannya pula mempunyai kelainan jika dibandingkan dengan bot pukat tunda.

"Keseluruhan bot dibina menggunakan teknik pasak dan binaan bot diperbuat daripada kayu cengal bagi menjamin ketahanan sesebuah bot," katanya yang berkemahiran membina bot sejak tahun 80-an.

Menurutnya, dia kini mampu menarik nafas lega apabila kemahirannya itu diwarisi anaknya, Adam Abdillah, 30, yang turut mahir dalam membina bot buatan tangan sepenuhnya itu.

Katanya, tanpa pelan kejuruteraan, tanpa lakaran pembuat bot mampu menghasilkan sesebuah bot yang seimbang dan tahan lasak untuk kegunaan di lautan.

Abdillah berkata, membina sesebuah bot hanya menggunakan daya ingatan dan kemahiran yang dipelajari daripada tukang-tukang terdahulu dan kemahiran yang diwarisi diguna sebaiknya dalam penghasilan bot berkualiti.

"Kos membina sesebuah bot kini mencecah RM800,000 sebuah tidak termasuk kelengkapan dan enjin selain mengambil masa yang panjang untuk disiapkan.

"Kerja ini bukan kerja mudah, selain harga kayu cengal juga mahal iaitu sekitar RM15,000 satu metrik tan," katanya yang melakukan kerja membina bot bersama lima pekerja.

Menurutnya, selain membina bot baru, dia juga melakukan kerja baik pulih bot-bot yang mengalami kerosakan.

Katanya, tempahan bot bukannya selalu ada dan sekiranya tidak membina bot baru dia akan menjalankan kerja-kerja membaiki dan bengkel membuat bot miliknya juga menjadi pusat tumpuan pelajar untuk menimba ilmu berkaitan.

Menurut Abdillah, walaupun tempahan membina bot agak suram namun dia akan tetap memartabatkan perusahaan itu kerana pertukangan membuat bot merupakan kehebatan yang dibawa oleh tukang-tukang terdahulu.

"Pada tahun 80-an saya bekerja dengan orang dan sejak tahun 2003 saya mempunyai bengkel sendiri, namun dalam tempoh 20 tahun saya hanya membina 10 buah bot saja berikutan kurangnya tempahan.

"Penggunaan bot kayu semakin berkurangan berikutan kos binaannya yang mahal membuatkan perusahaan ini semakin mengecil," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ayu-semakin-dilupai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.139524 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list