CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4056|Reply: 0

[Kelantan] Video tular kumpulan skinhead, punk: Lelaki ditahan bantu siasatan

[Copy link]
Post time 2-10-2023 11:22 AM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar video tular di media sosial

Gua Musang: Polis menahan seorang lelaki dipercayai pesakit mental berhubung video yang memaparkan sekumpulan anak muda sedang berhibur di sebuah dewan di daerah ini.

Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang jam 9.30 malam, Khamis lalu bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, hasil siasatan awal mendapati seramai empat kumpulan muzik hadir di dewan terbabit.

"Lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan berkait rakaman video yang memaparkan sekumpulan anak muda sedang berhibur di dalam sebuah dewan tertutup dipercayai di daerah ini, 23 September lalu.

"Hasil ujian saringan awal air kencing terhadap lelaki itu mendapati negatif dan telefon bimbit jenama Vivo T1X berwarna hitam dirampas. Hasil semakan juga mendapati tangkapan mempunyai kad pesakit mental dan menerima rawatan susulan di Klinik Kesihatan Chiku 3," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengenai penganjuran persembahan muzik itu, beliau berkata, tempahan dewan dibuat menerusi aplikasi WhatsApp kepada penjaga dewan pada 4 September dengan bayaran RM200 secara transaksi dalam talian untuk tujuan bermain muzik.

Menurutnya, banner (kain rentang) bagi acara dan permohonan sewaan dewan dibuat oleh seorang lelaki yang kini masih lagi dikesan polis.

"Persembahan (muzik) diadakan bermula 9 pagi hingga 7 petang tanpa mengenakan sebarang tiket masuk. Empat kumpulan yang hadir membabitkan dua kumpulan dari negeri ini dan masing-masing satu kumpulan dari Terengganu dan Kuala Lumpur.

"Hasil siasatan mendapati seramai 30 individu hadir dalam persembahan hiburan terbabit," katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak menerima permohonan permit hiburan daripada penganjur dan ketika persembahan berlangsung, terdapat aktiviti meminum minuman keras oleh ahli kumpulan dan mereka yang hadir.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 6 Enakmen Hiburan 1998 dan pihak polis menyeru mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan video terbabit boleh menyalurkannya di talian 09-9121222 atau di balai berdekatan," katanya.

Jumaat lalu, tular video berdurasi satu minit 29 saat yang memaparkan sekumpulan lelaki sedang berhibur yang dipercayai membawa imej skinhead dan punk.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ahan-bantu-siasatan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.050228 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list