CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5022|Reply: 0

[Kelantan] 'Saya sedia beri hati ini, tapi apa daya saya'

[Copy link]
Post time 2-10-2023 11:31 AM | Show all posts |Read mode
Machang: Ibu kepada pesakit kegagalan fungsi hati atau Biliary Atresia, Nur Afiya Husna Hashim, berusia setahun empat bulan, bersedia mendermakan sebahagian hati kepada bayinya itu supaya kesihatan anaknya itu kembali normal.

Bagaimanapun, Hazirah Hashim, 32, berkata, harapannya tipis berikutan kekangan kewangan kerana kos pembedahan untuk melakukan pemindahan hati itu menjangkau RM200,000.

"Bagi memastikan hati yang didermakan kepada Nur Afiya Husna bersesuaian, saya perlu menjalani pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), namun terpaksa ditangguhkan kerana berdepan kekangan kewangan.

"Saya seboleh-bolehnya mahu pembedahan dapat segera dijalankan bagi memastikan kesihatan Nur Afiya Husna, namun apakan daya kos pembedahan terlalu besar," katanya ketika ditemui Kampung Gaung, Pangkal Meleret di sini, hari ini.

Sebelum ini, doktor menyarankan Hazirah dan suaminya Hashim Mat, 40, supaya anaknya itu menjalani pembedahan pemindahan hati membabitkan kos RM200,000 di India atau China disebabkan keadaan fizikal Nur Afiya Husna yang tidak mengizinkan untuk pembedahan dilakukan di negara ini.

Doktor juga menjangkakan umur anak bongsu daripada tiga beradik tidak panjang dan menjangkakan bayi itu hanya mampu bertahan untuk tempoh dua tahun.

Hazira berkata, sekiranya wang mencukupi, dia tidak akan gentar untuk melakukan pembedahan pemindahan hati jika proses penentuan kesesuaian penderma, melayakkannya menderma sebahagian hatinya itu.

"Saya sanggup melakukan apa sahaja demi melihat Nur Afiya Husna sihat seperti kanak-kanak normal yang lain walaupun terpaksa melakukan pengorbanan yang besar ini.

"Anak adalah anugerah paling berharga daripada Allah SWT dan percaya setiap ibu dan bapa di dunia ini akan melakukan perkara sama jika berdepan dengan masalah seumpama ini," katanya.

Hazirah berharap sumbangan orang ramai dapat membantunya untuk melakukan pemindahan hati itu dan berterima kasih kepada yang menyumbang wang kepadanya sebelum ini.

"Jumlah (RM200,000) ini hanya kos pembedahan saja tidak termasuk tiket penerbangan dan penginapan sepanjang kami berada di negara berkenaan selain rawatan susulan yang perlu dilakukan sebelum dan selepas pembedahan dilaksanakan," katanya.

Mereka yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam bernombor 03045022462118 atas nama Hazirah Hashim atau boleh menghubunginya di talian 018-9072754.


HAZIRA bersama bayinya, Nur Afiya Husna. FOTO Hazira Ahmad Zaidi

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -tapi-apa-daya-saya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.047282 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list