CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5457|Reply: 0

[Terengganu] Pasangan kembar seiras teruja lanjut pengajian di UMT

[Copy link]
Post time 2-10-2023 11:51 AM | Show all posts |Read mode

LING An (kiri) dan Ling Qin merupakan antara pelajar baharu yang berjaya melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di UMT, Kuala Nerus, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN



KUALA NERUS: Sepasang kembar seiras teruja apabila melakar detik istimewa mendaftarkan diri sebagai pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi sesi akademik 2023 di sini, hari ini.

Ling An, 20, dan pasangan kembarnya, Ling Qin adalah antara 2,200 pelajar baharu yang berjaya melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda bagi sesi pendaftaran kali ini.

Ling An yang mengambil jurusan Sarjana Muda Perakaunan berkata,  UMT bukan institusi asing bagi dirinya kerana abang kembarnya adalah pelajar Diploma Perikanan universiti itu sebelum ini.

“Berdasarkan ceritanya mengenai kelebihan UMT, saya sangat teruja untuk memohon belajar di universiti ini kerana persekitaran kampus yang cantik dan barisan pensyarah yang berpengalaman,” katanya ketika ditemui di UMT, di sini, hari ini.

Tambahnya, impian mereka berdua adalah untuk meraih kecemerlangan dan berazam untuk memakai selempang emas pada majlis konvokesyen akan datang seterusnya menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi jika diberi peluang.

Sementara itu, Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Mazlan Abd. Ghaffar berkata, UMT telah mengagihkan sejumlah RM314,000 dana zakat kepada 628 pelajar baharu yang mendaftar pada sesi 2023/2024 kali ini.

Menurutnya, setiap pelajar terpilih daripada program Asasi STEM, Diploma dan Sarjana Muda menerima RM500 seorang sebagai bantuan memulakan pengajian di UMT.  

“Dana zakat tersebut adalah sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) melalui skim potongan gaji kakitangan UMT, Etiqa Family Takaful Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad dan Bank Rakyat.

“Kesemua sumbangan dan agihan ini diuruskan oleh Pusat Islam Sultan Mahmud UMT melalui skim bantuan zakat kecemerlangan kepada pelajar dalam asnaf fakir dan miskin,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... t-pengajian-di-umt/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.326633 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list