CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4316|Reply: 8

Masih Dara Tapi Hamil, Wanita Mengandungkan Anak Jin

  [Copy link]
Post time 5-10-2023 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Penceramah bebas, Ustaz Ariffin Ayob menceritakan kisah seorang wanita yang tidak pernah berkahwin, tidak pernah adakan hubungan dengan lelaki, berzina mahupun dirogol didakwa mengandungkan ‘benih’ jin disebabkan angkara sihir.


Kisah benar yang berlaku di Terengganu itu didedahkan menerusi satu klip video ceramahnya.






Jelasnya, wanita terbabit hanya mengandungkan benih jin hanya selama empat jam sahaja selepas bermimpi seorang lelaki yang memujuknya untuk menjaga anak lelaki itu.


“Saya diberitahu oleh jiran wanita tersebut di sebuah kedai kopi, kami ke hospital dan pihak di sana bertengkar sebab buku merah wanita itu tiada. Saya kata uruskan dulu nanti saya akan cerita kemudian.


“Ajaibnya wanita itu hanya mengandung selama empat jam sahaja, asal seperti telur ayam kemudian membesar di perutnya. Dia lahir juga sungguh mudah, darah sedikit sahaja keluar,” jelasnya.


Tambahnya lagi, ujian DNA turut dilakukan oleh seorang pakar di sebuah hospital di Kuantan dan ternyata selepas dinilai darah bayi itu bukan dari kategori darah manusia.


“Bukan darah B, bukan B+ ataupun O, darah budak itu tadi bukan darah manusia, pakar di Kuantan yang telah sahkan perkara ini.


“Apa yang nak diceritakan di sini sebenarnya, ketika zaman nabi Isa A.S, maknya Mariam juga seorang wanita yang mengandungkan baginda tanpa suami dan tanpa melakukan hubungan intim, ini semua kuasa Allah dan ingin buktikan tentang mukjizat.


“Namun dalam zaman ini, ia bukan satu mukjizat tetapi definisinya adalah dunia akhir zaman, ini tanda akhir zaman, tidak mustahil bagi Allah untuk tunjukkan kisah ini,” jelasnya.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2023 11:21 AM | Show all posts
nak tengok mak dan baby tu. baru percaya. and result darah yang mengatakan tu bukan darah manusia. gituhhh doktor ckp bkn darah manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 11:43 AM | Show all posts
entahlah, susah nk caya......
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Ustaz Ariffin Ayob ni bila dia cerita, aku swipe laju².....
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2023 11:09 AM | Show all posts
Ni pun fitnah akhir zaman. Jangan samakan dengan Nabi Isa alaihissalam yang mulia, baginda memang manusia, DNA pun manusia... yg lahir tanpa bapa dengan kuasa Allah dari rahim ibu yang mulia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 03:39 PM | Show all posts
nak merepek pon agak2 la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2024 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm mana tuu
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2024 10:56 AM | Show all posts

Tambahnya lagi, ujian DNA turut dilakukan oleh seorang pakar di sebuah hospital di Kuantan dan ternyata selepas dinilai darah bayi itu bukan dari kategori darah manusia.


“Bukan darah B, bukan B+ ataupun O, darah budak itu tadi bukan darah manusia, pakar di Kuantan yang telah sahkan perkara ini.





errm mana budak tu? ujud ke? mana gambar budak tu?



jd jin pun ada sperma ke? yg jin pompuan pn ada ovum ke?

sebab ada orang cakap, budak lelaki pn jgn onani, nnti jin betina amik sperma manusia masukkan dlm ovum dia pastu lahir la ummat jin dan manusia


err soalan pertama

kenapa kah jin perlu berbuat begitu?

tahu tak betapa sukarnya membesarkan anak tanpa seorang ayah...

yg jin jantan pula, kena perlu dia bersenggama bersama manusia,


bukan kah anak2 jin manusia dah bertebaran di alam jin, kesan daripada benih2 air mani umat manusia yg suka beronani itu ( aku berani jamin ramai jantan2 straight di alam manusia ni beronani)

cukup kah resources atau sumber2 alam di alam jin utk membesarkan umat jin?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2024 10:57 AM | Show all posts
“Ajaibnya wanita itu hanya mengandung selama empat jam sahaja, asal seperti telur ayam kemudian membesar di perutnya. Dia lahir juga sungguh mudah, darah sedikit sahaja keluar,” jelasnya.

ni doctor yg cakap ke ustaz yg cakap?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.089236 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list