CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3270|Reply: 0

Klopp tuntut aksi ulangan Tottenham-Liverpool

[Copy link]
Post time 5-10-2023 12:32 PM | Show all posts |Read mode

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp (kiri) memantau pemainnya Ben Doak menjalani latihan menjelang aksi Liga Europa menentang kelab Belgium, Union Saint-Gilloise awal pagi esok. – Foto REUTERS

LONDON: Jurgen Klopp meminta perlawanan antara Tottenham dengan Liverpool diulang semula selepas kekecohan disebabkan kesilapan video bantuan pengadil (VAR).

The Reds dinafikan gol selepas pegawai VAR gagal memberitahu pengadil Simon Hooper supaya mengubah keputusan membatalkan jaringan Luis Diaz kerana ofsaid.

Badan pengadil PGMOL kemudian memohon maaf susulan kesilapan itu dan mengeluarkan audio mengenai apa yang berlaku di Stockley Park.

Klopp kecewa dengan beberapa keputusan dalam perlawanan itu yang dianggapnya paling tidak adil pernah dilaluinya.



Bos kelab Merseyside itu berasakan Curtis Jones mahupun Diogo Jota tidak selayaknya dibuang padang dengan Liverpool membuat rayuan terhadap kad merah Jones.

Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris menolak rayuan itu namun Klopp, yang bercakap menjelang aksi Liverpool menentang Union Saint-Gilloise, berasakan pertembungan dengan Spurs patut diulang semula.

Beliau berkata: "Pendedahan audio itu tidak mengubah apa-apa. Saya tidak berminat mengenai kenapa perkara itu berlaku. Saya menyaksikan hasilnya, saya menyaksikan satu gol, kami menjaringkan gol.


Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp kecewa dengan beberapa keputusan pengadil pada aksi menentang Tottenham minggu lalu. – Foto REUTERS

"Penting untuk kita menanganinya dengan cara yang betul. Maksud saya semua orang yang terbabit, pengadil, penjaga garisan, pegawai keempat dan VAR - mereka tidak melakukannya dengan sengaja. Ya, ia satu kesilapan, satu kesilapan yang jelas.

"Saya katakan ini bukan sebagai pengurus Liverpool tetapi sebagai orang bola sepak - saya fikir satu-satunya cara untuk menyelesaikan perkara ini adalah perlawanan ulangan. Mungkin ia tidak akan berlaku."

Sesetengah peminat turut menggesa perlawanan itu diadakan semula memandangkan kesilapan besar VAR.

Jaringan Diaz patut menyaksikan The Reds mendahului 1-0 di Stadium Tottenham Hotspur - sebaliknya mereka ketinggalan dua minit kemudian menerusi jaringan Son Heung Min.

Pegawai VAR yang bertanggungjawab, Darren England dan pembantunya Dan Cook sudah diketepikan bagi perlawanan bola sepak hujung minggu ini.

Namun pengadil Hooper dijadual mengadili perlawanan Everton menentang Bournemouth Sabtu ini. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... tottenham-liverpool
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.049703 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list