CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6575|Reply: 0

Pogba berdepan penggantungan empat tahun

[Copy link]
Post time 7-10-2023 07:13 AM | Show all posts |Read mode
Pogba berdepan penggantungan empat tahun



Paul Pogba berdepan penggantungan empat tahun selepas sampel keduanya juga didapati positif testosteron. - Foto AFP


TURIN: Paul Pogba berdepan penggantungan empat tahun selepas sampel keduanya juga didapati positif testosteron.

Pemain Perancis berusia 30 tahun itu digantung sementara selepas gagal ujian doping bulan lalu, dan sampel kedua yang diberikan Pogba juga didapati positif.

"Paul Pogba positif doping testosteron ke atas sampel keduanya hari ini. Juventus kini perlu memutuskan bagaimana untuk menguruskan kontraknya selepas Pogba berisiko digantung untuk tempoh yang panjang," kata wartawan sukan Itali, Fabrizio Romano.

Pogba didapati positif testosteron buat pertama kali selepas aksi pembukaan Juventus menentang Udinese.

Bekas bintang Manchester United itu sekadar memanaskan bangku simpanan dalam kemenangan pasukannya, tetapi dipilih untuk ujian doping.

Sampel pertamanya didapati positif dan dia diberikan tempoh tiga hari untuk menyerahkan sampel kedua.

Testosteron adalah hormon yang mampu meningkatkan kekuatan otot dan boleh didapati di farmasi-farmasi.

Hormon berkenaan juga terhasil secara semula jadi di dalam badan manusia dan biasanya pada lelaki, tetapi ujian ke atas atlet akan mengesan testosteron sintetik di dalam sistem mereka.

Pogba akan disoal siasat oleh tribunal anti-doping dan jika didapati bersalah, dia akan digantung dua hingga empat tahun. - AGENSI

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... ntungan-empat-tahun

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.052876 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list