CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4069|Reply: 0

Terap semangat Perisai Komuniti - Arteta

[Copy link]
Post time 7-10-2023 09:20 AM | Show all posts |Read mode

ARTETA (kanan) mahu anak buahnya ingatkan kembali kejayaan pada Perisai Komuniti Ogos lalu. FOTO Reuters

London: Mikel Arteta berkata Arsenal yang memburu gelaran boleh mengambil keyakinan daripada kemenangan Perisai Komuniti ke atas Manchester City ketika The Gunners berdepan penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu esok.

Arsenal tidak pernah menewaskan City dalam liga sejak 2015, tetapi bos Gunners itu berkata kemenangan Ogos lalu menerusi sepakan penalti pada aksi membuka tirai, Perisai Komuniti memberi kepercayaan kepada pasukannya.

"Itu adalah perkara penting bagi kami. Untuk memenangi kejuaraan menentang Man City sesuatu yang anda perlu hargai. Cara kami melakukannya juga dan ia memberi kami keyakinan dan kepercayaan bahawa kami boleh menewaskan mereka," kata Arteta.

Arsenal mendahului EPL untuk tempoh yang panjang musim lalu tetapi goyah pada hujung musim apabila City memintas mereka untuk merangkul kejuaraan ketiga berturut-turut.

City yang memenangi treble mendahului sekali lagi selepas tujuh perlawanan, tetapi Gunners di tempat ketiga hanya ketinggalan satu mata di belakang.

Arteta berkata beliau berazam untuk melihat ke hadapan, bukannya kembali kepada rekod buruk Arsenal dalam liga menentang City.

"Kami tidak melihat ke belakang dengan pasti kerana terdapat pemain berbeza yang mengambil bahagian dalam perlawanan itu, tetapi kami tahu satu perkara yang pasti, kami perlu berada pada tahap terbaik kami," katanya.

"Kami perlu berada pada tahap terbaik kami di setiap bahagian selama 100 minit. Kemudian kita mempunyai peluang."

Arteta, yang bekerja sebagai pembantu Guardiola di City sebelum menjadi bos Arsenal, ditanya sama ada kedua-dua jurulatih itu masih boleh mengejutkan satu sama lain.

"Saya pasti setiap tahun kami mempunyai senjata baharu dan pemain baharu yang boleh melakukan perkara berbeza, tetapi jelas sekali kami mengenali antara satu sama lain dan kami mengharapkan sesuatu daripada satu sama lain," katanya.

"Pada akhirnya, ia bergantung kepada pemain dan merekalah yang paling mengejutkan anda. Itu yang pasti."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... sai-komuniti-arteta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.370419 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list