CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2422|Reply: 0

Liverpool buru kemenangan

[Copy link]
Post time 7-10-2023 12:56 PM | Show all posts |Read mode

LIVERPOOL enggan kecewa lagi apabila berdepan Brighton esok. FOTO AFP

London: Liverpool FC berhasrat untuk meneruskan cabaran awal kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) esok apabila mereka beraksi di tempat lawan menentang Brighton & Hove Albion yang menjadi penghalang utama kepada matlamat itu sejak kebelakangan ini.

Liverpool menduduki tangga keempat dalam senarai hujung minggu ini tetapi hanya dua mata di belakang pendahulu liga, Manchester City – berikutan kekalahan kontroversi 1-2 kepada Tottenham Hotspur yang mungkin berakhir dengan cara yang berbeza jika gol Luis Diaz dibenarkan.

Gol berkenaan diketepikan secara salah di atas padang, dan ralat dalam proses semakan video dan akhirnya mencetuskan permohonan maaf rasmi daripada Lembaga Pegawai Rasmi Profesional Perlawanan (PGMOL) iaitu badan induk pengadil liga.

The Reds mampu meneruskan perlawanan dengan meraih kemenangan 2-0 ke atas Union Saint-Gilloise dalam Liga Europa hasil jaringan Ryan Gravenberch dan Diogo Jota.

Kunjungan ke Pantai Selatan boleh memberikan satu lagi rangsangan jika mereka dapat menewaskan Seagulls, yang memenangi dua pertemuan terakhir dalam semua pertandingan dan menghalang kemenangan Liverpool pada enam daripada tujuh perlawanan terakhir pasukan itu.

"Jika anda bermain seperti anda bermain tahun lalu, anda akan mendapat tamparan besar sekali lagi," kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengenai kesukaran pasukannya menentang Brighton baru-baru ini.

"Begitulah keadaannya. Jadi kami harus bermain lebih baik, dan saya fikir kami boleh bermain lebih baik. Itulah langkah pertama ke arah yang betul."

Brighton juga berada dalam kelompok enam teratas yang penuh sesak, dengan menduduki tangga keenam di belakang Aston Villa dengan perbezaan gol selepas Villa menundukkan Seagulls 6-1 hujung minggu lalu.

Sebarang keraguan sama ada keputusan itu akan melemahkan semangat pasukan kendalian Roberto de Zerbi dijawab selepas pasukannya berjuang daripada ketinggalan dua gol untuk mencatat keputusan seri 2-2 menentang Marseille di Liga Europa.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ool-buru-kemenangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.049404 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list