CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2106|Reply: 0

Rashford akan 'meledak' tidak lama lagi - Ten Hag

[Copy link]
Post time 7-10-2023 01:23 PM | Show all posts |Read mode

Erik ten Hag percaya Marcus Rashford (kiri) cukup berpengalaman untuk bangkit daripada permulaan hambar musim ini. – Foto premierleague.com

LONDON: Erik ten Hag tidak ragu-ragu Marcus Rashford akan "meledak" tidak lama lagi selepas permulaan mengecewakan penyerang Manchester United itu musim ini.

Rashford menyumbat 30 gol buat United musim lalu, namun dia hanya menjaringkan satu gol setakat ini.

Bos United, Ten Hag percaya satu daripada alasan bintang England itu kebuntuan gol adalah disebabkan pasukan itu secara keseluruhan beraksi di bawah tahap sebenar.

Kelab bermasalah itu kalah enam daripada 10 perlawanan dalam semua pertandingan musim ini, jauh daripada mencabar kejuaraan dalam Liga Perdana Inggeris dan di tangga tercorot dalam kumpulan Liga Juara-Juara.



Ten Hag bercakap mengenai prestasi Rashford semalam, menjelang aksi di laman sendiri menentang Brentford malam ini.



Erik ten Hag menyatakan kurang konsisten dan tumpuan menjadi faktor utama kehambaran prestasi Manchester United pada awal musim ini. – Foto premierleague.com

"Sudah tentu, pasukan dan dia," katanya. "Ia kedua-duanya, jadi saya pasti anda tidak berada di tahap yang sama setiap masa.

"Setiap orang tahu kualiti dimilikinya tetapi lawan juga tahu kualitinya.

"Kami sudah lihat dalam beberapa minggu ini dia hadir di tempat yang bagus, kini dia bergelut, tetapi semua ini akan berakhir kerana setiap orang tahu kualitinya."

Ten Hag berkata, satu gol akan melonjakkan keyakinan Rashford sekali gus mampu mencipta lebih banyak gol.

"Ia akan hadir dan dia terlalu berpengalaman, dia tahu mengenainya," kata pengendali dari Belanda itu. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... k-lama-lagi-ten-hag
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.057443 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list