CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 549|Reply: 0

Arsenal perlu digeruni - Guardiola

[Copy link]
Post time 7-10-2023 04:08 PM | Show all posts |Read mode

Arsenal menewaskan Manchester City 4-1 menerusi penentuan penalti untuk memenangi Perisai Komuniti di Wembley, Ogos lalu. – Foto mancity.com

LONDON: Pep Guardiola berkata Arsenal "kini kembali" sebagai pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris menjelang pertembungan getir di Stadium Emirates malam esok.

Pasukan tangga ketiga Arsenal hanya satu mata di belakang pendahulu City, menjadikan perlawanan hujung minggu ini antara saat penting dalam peringkat awal perebutan kejuaraan.

The Gunners mendahului dalam tempoh yang lama musim lalu sebelum merudum pada minggu-minggu terakhir, membolehkan City merangkul kejuaraan ketiga berturut-turut, yang menjadi sebahagian daripada pencapaian bersejarah meraih tiga trofi.

Namun bos City, Guardiola kagum dengan kebangkitan Arsenal di bawah kendalian bekas penolongnya Mikel Arteta dan menjangkakan mereka akan menjadi pencabar serius dalam tempoh beberapa tahun.



"Mereka adalah pencabar terbesar musim lalu - mereka sudah tiba dan akan berada di sana bagi tempoh yang lama," kata Guardiola kepada wartawan semalam.

City menuju ke utara London mahu bangkit selepas catatan enam kemenangan berturut-turut dalam liga direncatkan apabila tewas di Wolves hujung minggu lalu.

Guardiola bagaimanapun menegaskan keputusan perlawanan 'blockbuster' malam esok tidak boleh menjadi penentu kerana ia masih di peringkat awal musim.

"Ini tidak akan menentukannya," katanya. "Ia pasti berbeza apabila mereka hadir ke sini di Etihad - ketika itu ia bergantung kepada situasi kami.

"Kami sedar yang mana kami hadir selepas kejayaan treble. Selepas itu kecenderungannya adalah menurun.

"Kami boleh bermain bagus atau teruk, tetapi secara umum dalam sesi latihan tumpuannya ke arah perlawanan itu."

Bos City itu menyedari anak buah Arteta akan memberikan cabaran sengit di sebalik rekod buruk mereka menentang pasukannya.

"Sudah tentu (mereka menjadi pencabar kejuaraan), di samping Liverpool," kata Guardiola. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... -digeruni-guardiola
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.064741 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list