CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 486|Reply: 0

EPL: Guardiola lancar perang psikologi, janjikan aksi berbeza

[Copy link]
Post time 8-10-2023 06:16 PM | Show all posts |Read mode
EPL: Guardiola lancar perang psikologi, janjikan aksi berbeza


CITY bakal turun dengan motivasi yang tinggi menentang Arsenal selepas mencatat kemenangan ke atas RB Leipzig pada aksi Liga Juara-Juara sebelum ini. - AFP


MANCHESTER – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola melancarkan perang psikologi apabila mengakui bahawa Arsenal akan sekali lagi muncul sebagai pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Musim lalu menyaksikan Arsenal berjaya untuk menguasai saingan bagi tempoh sebahagian besar saingan sebelum City beraya memintas dan meraih kejuaraan untuk menjulang gelaran trebel.

Menjelang pertembungan yang dijangka sengit berlangsung di Emirates malam ini, Arsenal sedang berada di kedudukan ketiga saingan ketinggalan satu mata di belakang City yang memimpin saingan ketika ini.

“Arsenal adalah pencabar utama kami musim lepas, musim-musim sebelum ini perkara itu tidak berlaku. Mereka sudah sebenarnya sudah membuat persediaan agak lama dan sekarang adalah masa mereka membuktikannya.

“Mereka adalah pasukan yang baik. Mereka memiliki paten permainan yang jelas. Mereka hampir untuk menjadi juara dan sekarang mereka sedang melakukannya sekali lagi.

“Ketika saya masih remaja dan kemudianya beraksi bersama Barcelona, Arsenal adalah sebuah pasukan yang sudah kuat dan popular dan kini mereka kembali. Pergi ke Emirates bukan tugas yang mudah, kali ini pastinya menjadi aksi yang sukar,” jelasnya.

City sebelum ini berdepan kekalahan pertama dalam saingan EPL musim ini apabila tewas kepada Wolverhampton Wanderers, namun Guardiola percaya gaya permainan pasukannya akan berubah menentang Arsenal. – AGENSI


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... jikan-aksi-berbeza/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.321813 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list