JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
93712
View
406
Reply

[Makanan & Minuman] í´MENU/MAKANAN ANDA & RESIPINYAí´

[Copy link]

Author: masarju       Show all posts   Read mode

Post time 19-11-2017 01:29 AM | Show all posts


NASI GORENG HAWAII

Bahan-Bahan:
3 mangkuk nasi sejuk
3 ulas bawang merah hiriskan
3 ulas bawang putih
1 biji cili capsicum potong dadu
2 biji cili merah
1 cawan mix-vege
2 batang frankfurter [potong dadu]
5 biji chicken ball [potong kecil]
1 s/b lada hitam
2 biji telur
2 s/b majerin
1 pokok daun bawang [potong kecil]...hiasan

Cara:
1. Panaskan marjerin. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cili capsicum dan cili merah dan tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan mix-vege, chicken ball dan frankfurter. Kacau hingga sebati.
4. Masukan nasi, lada hitam dan garam. Goreng hingga semua bahan sebati.
5. Pecahkan telur kedalam nasi. Kacau dan gaulkan sebati.
6. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun bawang.
7. Sedia untuk dimakan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 01:29 AM | Show all posts


Nasi Goreng Kerang

Bahan-bahannya:

semangkuk kerang rebus
sepinggan penuh nasi putih
1 biji bawang besar (tumbuk)
4 ulas bawang putih (tumbuk)
fishball belah dua
2-3 sudu makan cili kering yang sudah dikisar
kacang botol kerat kecik-kecik

Cara membuatnya:
.
1.Panaskan minyak,tumis bawang tumbuk,dah layu sikit masuk cili kering goreng hingga masak.
2.Masukkan fisballdan kerang.Goreng seketika.
3.Masukkan garam secukupnya.
4.Masukkan nasi dan goreng rata.
5.Akhir sekali masukkan kacang botol,kacau sekejap je..biar makan nanti bunyi kruk kruk ..baru best..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 01:30 AM | Show all posts


Nasi Goreng Kerabu:

Bahan-bahan:
.
Nasi putih secukupnya
daun limau purut
serai
cili padi
bunga kantan
1 kiub ikan bilis
1 biji telur
kacang botol secukupnya/ boleh ganti dgn kacang panjang dll.
sedikit isi ayam
3-4 ulas bawang putih.. di ketuk
1 biji bawang sederhana besar -dimayang/potong kiub
garam secukupnya dan maggi cukup rase (suka hati nak letak ke tak)
sos tiram (kalau suka)--aku x letak pun.
minyak untuk menumis

Cara-caranya:
.
1. Panaskan minyak untuk menumis.. Agak2 la untuk menumis. Bila minyak dah panas, pecahkan telur dan hancurkan. Angkat dan ketepikan.
2. Bunga kantan, serai, daun limau purut dan cili padi dimayang halus macam nak buat bunga rampai. Cili padi tu agak2 la potongnya kan.
3. Potong juga kacang botol macam kat dlm gambar di bawah.
4. Tumis bawang putih dan diikuti bawang merah/besar.
5. Bila bawang dah naik bau, masukkan isi ayam. Kacau sekejap hingga ayam masak.
6. Masukkan cili padi dan bahan yang dimayang tadi.serta sayur kacang botol.
7. Masukkan juga telur yang dah digoreng tadi.
8. Masukkan kiub ikan bilis dan garam. Kacau sekejapppp je..dalam seminit je... xnak bahan dimayang layu sangat.
9. Last sekali, masukkan nasi dan kacau rata. Rasakan dengan garam. hati2 kerana kiub ikan bilis dah masin. Kalau x cukup masin, baru lah letak sedikit garam. Hati2 ye... jangan masin sgt, nanti kena darah tinggi..
10. Kaup balikkan nasi tu biar serata. Tutup api dan sedai untuk dihidang...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 01:30 AM | Show all posts


Nasi Ketupat Goreng

Bahan2 : (Ikut suka banyak mana.Mcm buat nasi goreng)

1 mangkuk ketupat - didadu
1 Biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 genggam udang kering di rendam
1 cawan peas (klu diganti dgn taugeh lebih sedap)
2 biji telur
1 kuib pati ayam
Garam

Cara2

Kisar bawang besar,bawang putih dan udang kering hingga halus
Tumis bahan kisar hingg garing dan masukkan ketupat dan gaul rata.
Masukkan peas dan kiub ayam serta garam
Akhir sekali masukkan telur dan kacau lagi hingga masak sempurna dan di hidang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 01:31 AM | Show all posts


RESEPI NASI GORENG TELUR MASIN

BAHAN2:
2 Biji telur masin
2 cawan nasi sejuk
2 ulas bawang putih
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar mentega
Beberapa ekor udang segar atau isi ayam
1/2 cawan daun bawang - di potong pendek
2 biji cili padi - sila tambah jika suka pedas


Cara menyediakannya:
1. Rebus telur masin, kupas dan hancurkannya dengan garfu.
2. Panaskan kuali, masukkan 2 sudu minyak masak dan bawang putih dan kacau hingga wangi. Masukkan nasi dan kacau sebentar. Angkat dan masukkan kedalam pinggan. Ketepikan seketika.
3. Masukkan lagi 1 sudu besar minyak masak di dalam kuali tadi, goreng udang/ayam hingga kekuningan. Ketepikan seketika di pinggir kuali.
4. Perlahankan api dapur, masukkan mentega (tidak perlu tunggu hingga mentega cair sepenuhnya) dan masukkan telur masin yang di hancurkan tadi. Masak hingga telur agak berbuih. Masukkan juga cili padi.
5. Kacau udang/ayam di dalam telur masin yang berbuih tadi seketika dan kuatkan api dapur. Masukkan kembali nasi yang di goreng sebentar tadi, daun bawang dan kacau seketika.
6. Perasakan dengan lada sulah dan jika kurang masin boleh juga di tambah sedikit garam. Jika saya, tidak meletakkan garam kerana telur masin sudah secukup rasa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 01:31 AM | Show all posts


Nasi Goreng Seafood Special

Bahan-bahan:

2-3 mangkuk nasi putih
1 biji bawang merah - saiz besar (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sedikit sawi (dipotong)
1 genggam isi kerang
5-6 ekor udang (sederhana besar)
4-5 ekor sotong (dipotong bulat)
1 sudu besar sambal belacan (Ida just guna sambal belacan segera adabi)
1 sudu cili giling
1 sudu besar sos tiram
2-3 biji cili padi (jika mahu pedas)
Sedikit minyak masak/minyak bijan
Garam dan secukup rasa
Daun sup dan timun (untuk hiasan)

Cara-cara:

1.Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang yang ditumbuk sehingga naik bau.
2.Masukkan sambal belacan, cili giling dan cili padi yang diketuk/hiris. Kacau rata.
3.Kemudian masukkan sos tiram dan kacau lagi.
4.Selepas itu masukkan isi kerang, sotong dan udang. Biarkan masak seketika.
5.Tambahkan garam, dan serbuk perasa secukupnya.
6.Kemudian masukkan sayur, biarkan layu sedikit.
7.Akhir sekali, masukkan nasi dan gaul sekata. Boleh padamkan api.
8Hiaskan dengan daun sup dan timun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 01:22 PM | Show all posts
Udang Goreng Nestum ;
cereal prawns.JPG
Bahan-bahan:
  • 20 ekor udang
  • Setangkai daun kari
  • 5 ulas bawang putih ĘC dicincang halus
  • 3 biji cili ĘC dihiris
  • Tepung Tempura
  • Sepeket Nestum 3 in 1
  • Mentega
  • Garam
  • Gula
  • Lada sulah
  • Minyak masak


Cara -cara :
1- Kopek kulit udang, tinggalkan bahagian ekor. Bersihkan. Terpulang jika anda tidak mahu kopek pun boleh.
2- Perap udang bersama sedikit garam gula dan lada sulah lebih kurang 15 minit.
3- Bancuh sedikit tepung tempura dengan air dan gaulkan udang tadi.
4- Goreng udang hingga masak dan kelihatan rangup. Angkat dan toskan.
5- Kemudian, panaskan kuali lain dan masukkan 4 sudu besar mentega.
6- Masukkan bawang putih yang dihiris, cili dan daun kari. Tumis hingga naik bau dan bertukar warna.
7- Masukkan sepeket nestum 3 in 1 dan kacau rata.
8- Masukkan udang yang telah digoreng tadi. Kacau rata laju-laju. Matikan api. Sedia untuk dihidang.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 01:26 PM | Show all posts
Sambal Petai Udang :
images.jpg     Udang-masak-petai.jpg

Bahan-bahan:
15 ekor udang bersaiz besar, dibersihkan
2 papan petai, ambil isinya
1 biji bawang besar, hiris kasar
1 camca teh pes asam jawa
3/4 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar Halus:
5 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah, buang biji kalau tak suka pedas
1/2 inci halia
1/2 inci belacan, dibakar
Cara-cara:
  • Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/4 cawan). Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Tambah 1 camca besar minyak jika perlu.
  • Masukkan pes asam jawa dan kacau rata. Tambah petai dan masak hingga petai lembut sedikit. Masuk udang dan bawang besar. Gaul rata. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, dan boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan ulam-ulaman.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2017 01:30 PM | Show all posts
Ketam Masak Lemak Cili Api ;
ketam masak lemak.JPG   
Bahan-bahan:
•    3 ekor ketam segar
•    1 batang serai, dititik
•    1 helai daun kunyit, carikkan
•    2 cawan santan pekat
•    1 keping asam gelugor
Bahan Untuk Kisar Halus:
•    5 biji cili api
•    2 biji cili merah
•    1/2 biji bawang besar
•    1 inci kunyit hidup
•    3 biji bawang merah
•    3 ulas bawang putih
•    Secubit belacan
Cara Penyediaan:
1.    Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian.
2.    Gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan pati santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.
3.    Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.
4.    Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2017 02:20 PM | Show all posts
Tauhu bergedil



Bahan untuk Tauhu Begedil:
Tauhu kering yang selalu digunakan untuk tauhu bakar.
4 ĘC 5 biji kentang Holland (mudah dilenyek)
Ayam/daging kisar
2 ĘC 3 ulas bawang putih
Sedikit air
Bawang goreng/daun ketumbar
2 ĘC 3 biji telur
Sedikit tepung jagung hujung sudu
Garam (secukup rasa)

Cara Buat Tauhu Begedil:
1. Rebus kentang yang telah siap dikupas dan bersihkan. Potong kecil supaya senang kentang nak lenyek.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah serta masukan isi ayam/daging kisar yang telah siap direbus
3. Toskan kentang rebus, lenyek dan gaul bersama secubit garam.
4. Campurkan kedua-dua campuran kentang, bawang goreng dan daun ketumbar tadi bersama hingga serasi.
5. Gunakan pisau tajam untuk memotong sedikit bahagian tepi tauhu sebelum menyumbatnya dengan inti. Pastikan inti tidak terlalu penuh kerana takut terkeluar masa menggoreng.
6. Biarkan seketika dalam frozen untuk bertahan isinya dalam tauhu sebelum goreng.
7. Pecahkan telur, pukul bersama sedikit garam dan tepung jagung (tepung jagung boleh buat telur menjadi sedikit pekat dan cantik kembang)
8. Celup dan salutkan satu persatu tauhu begedil yang siap isi inti, goreng dengan minyak penuh sehingga garing.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2017 02:22 PM | Show all posts
Sambal Pecah Telur



Bahan yang diperlukan:

3 biji bawang putih (tumbuk)
5 biji bawang merah (kisar)
1 sudu makan cili kisar
Bilis (guna yang halus lagi sedap)
3 biji telur
1 biji ubi kentang | dikupas kulit dan dipotong panjang
Minyak
Garam secukup rasa
Air asam jawa secukupnya
Sedikit belacan
Sedikit gula

Cara membuatnya:

Panaskan minyak masak dan goreng kentang hingga kekuningan.

Kemudian goreng ikan bilis menggunakan minyak yang sama hingga garing. Angkat.

Masukkan bawang putih. Tumis sampai naik bau dan masukkan bawang merah yang telah dikisar.

Bila dah garing elok, masuk cili kisar.

Kemudian masukkan sedikit air asam jawa dan sedikit belacan. Masukkan juga garam secukup rasa.

Bila sambal masak dan naik minyak, perlahankan api. Buat lubang pada sambal dan pecahkan telur. Biar sehingga telur masak.

Bila telur kelihatan hampir masak, masukkan bilis dan kentang goreng tadi. Jangan kacau sangat, tabur sahaja.

Siap dan sedia untuk dinikmati.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2017 12:11 AM | Show all posts
NASI GORENG TELUR MASIN
.
Bahan diperlukan:
2 Biji telur masin
2 cawan nasi sejuk
2 ulas bawang putih
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar mentega
Beberapa ekor udang segar atau isi ayam
1/2 cawan daun bawang - di potong pendek
2 biji cili padi - sila tambah jika suka pedas
.
Cara menyediakannya:

1. Rebus telur masin, kupas dan hancurkannya dengan garfu.
2. Panaskan kuali, masukkan 2 sudu minyak masak dan bawang putih dan kacau hingga wangi. Masukkan nasi dan kacau sebentar. Angkat dan masukkan kedalam pinggan. Ketepikan seketika.
3. Masukkan lagi 1 sudu besar minyak masak di dalam kuali tadi, goreng udang/ayam hingga kekuningan. Ketepikan seketika di pinggir kuali.
4. Perlahankan api dapur, masukkan mentega (tidak perlu tunggu hingga mentega cair sepenuhnya) dan masukkan telur masin yang di hancurkan tadi. Masak hingga telur agak berbuih. Masukkan juga cili padi.
5. Kacau udang/ayam di dalam telur masin yang berbuih tadi seketika dan kuatkan api dapur. Masukkan kembali nasi yang di goreng sebentar tadi, daun bawang dan kacau seketika.
6. Perasakan dengan lada sulah dan jika kurang masin boleh juga di tambah sedikit garam. Jika saya, tidak meletakkan garam kerana telur masin sudah secukup rasa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 10:42 AM | Show all posts
Resipi Mudah Butter Chicken Creamy & Spicy
Bahan Ayam
ketulan isi ayam
tepung gandum
kunyit
garam
Cara-cara
1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit
2. Gaulkan pula dengan tepung
3. Goreng sehingga masak
Bahan Butter Sos
2 sudu besar butter
1 tangkai daun kari
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 cawan susu cair
4 tangkai cili api
3 sudu besar cooking cream
garam gula secukupnya
Cara-cara
1. Panaskan kuali dan cairkan butter
2. Tumis bawang merah , bawang putih , cili dan daun kari sehingga naik bau
3. Masukkan susu cair dan cooking cream dan biarkan sehingga mendidih dan sedikit memekat
4. Masukkan ayam dan gaulkan ayam sehingga sebati
5. Tambah garam dan gula jika perlu
6. Siap dihidangkan
Resipi-Mudah-Butter-Chicken-1-e1508269754299.jpg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2018 11:20 AM | Show all posts

Resepi Ayam Mentega Telur Masin ( Salted Egg Butter Chicken )
Bahan-bahan
  • Isi ayam
  • Mentega
  • Sedikit Daun Kari
  • 3-4  Cili padi hiris
  • 3-4 ulas bawang putih dihiris
  • 3 biji telur masin ( direbus dan diambil bahagian kuning telur sahaja)
  • 1/4 cawan kecil susu cair/susu biasa ( ikut suka, jika mahu banyak kuah, tambah kuantiti susu cair )
  • Minyak untuk menggoreng
  • Bahan perasa ( garam, lada sulah )
  • Bahan goreng ayam ( tepung jagung, tepung biasa, air, sedikit garam ) atau tepung goreng KFC
  • 1-2 sudu serbuk kari jika mahu.
Cara-cara
1. Goreng ayam dahulu dengan bahan goreng ayam. Jika bahagian ayam terlalu besar, potong kecil-kecil.
2. Di dalam kuali lain, masukkan sedikit minyak dan 4-5 sudu mentega. Apabila mentega cair, masukkan bawang putih, cili padi dan daun kari.
3. Apabila naik bau, masukkan telur masin kuning yang dihancurkan dan tunggu sehingga naik buih. Kemudian masukkan susu cair, garam, serbuk kari ( jika mahu ) dan bahan perasa lain. Apabila agak berbuih, masukkan ayam goreng dan gaulkan.
4. Tutup api dan boleh dihidangkan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2018 11:52 PM | Show all posts
Resepi Nasi Kak Wok








Gulai Ayam

1/2 ekor ayam
1 kotak santan 200ml (jenama Kara)
2 kiub pati ayam Knorr
Air perahan asam jawa
Air
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis


Bahan tumisan
1 labu bawang besar, dihiris nipis
1 inci halia, diracik halus
4 pelepah daun kari
3 bunga lawang
1 kayu manis
5 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
Bahan dijadikan pes rempah (dibancuh dengan sedikit air)
4 sudu besar serbuk kari ayam
4 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk rempah briyani


Cara Penyediaan
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan tumisan sehingga berbau harum.Setelah naik bau wangi, masukkan pes rempah. Goreng sehingga garing dan terbit minyak.Masukkan ayam dan gaul sebati.

Setelah ayam agak masak, masukkan santan. Boleh ditambah secawan air untuk kuah. (Jika suka kuah sedikit cair, boleh lebihkan air)

Tambah perahan air asam jawa dan kiub pati ayam Knorr.Rasa gulai dan tambah garam atau gula mengikut citarasa.Biarkan mendidih dengan api sederhana sehingga pecah minyak. Tutup api.



Ayam goreng kunyit
1/2 ekor ayam, dipotong kecil-kecil
1 sudu kecil garam
1 sudu serbuk pati ayam Knorr
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan kacang panjang, dipoton2 satu inci
1 labu bawang besar, dihiris
Minyak untuk menggoreng


Cara penyediaan
Gaul ayam dengan garam, serbuk pati ayam dan serbuk kunyit. Perapkan selama 15 minit.Goreng ayam sehingga kuning keemasan.Setelah ayam garing, angkat ayam, tos minyak dan ketepikan.Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis bawang besar sehingga naik bau.

Masukkan kacang panjang dan goreng seketika sehingga masak (tetapi masih mengekalkan kerangupan).Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata.Siap dan bolehlah dihidangkan.



Bahan-bahan sambal / air berlada
ĘC Cili hidup

ĘC Cili api

ĘC Cuka masakan

ĘC Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan
Kisar semua bahan menggunakan blender (boleh juga ditumbuk menggunakan lesung batu)Hidangkan dengan nasi putih panas-panas. Memang power!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 02:26 AM | Show all posts
janji point


IKAN ASAM REBUS

Bahan-Bahan :
Ikan selar kuning ( 6-8 ekor)
Tomato / kacang bendi / batang keladi
Serai - 1 batang (di ketuk)
Asam keping (3-4 keping)
Sedikit serbuk ikan bilis
Garam secukup rasa

Bahan-Bahan B : untuk di kisar
Lada kering (8-10 batang)
Bawang merah besar - 1 labu
Bawang putih - 2 ulas
Belacan - setengah inci
Kunyit - setengah inci

Cara-cara :
1. Didihkan air di dalam periuk
2. Tuangkan bahan B yang telah di kisar.
3. Masukkan ikan, serai, asam keping dan garam secukup rasa.
4. Apabila ikan sudah masak, masukkan sayur (tomato/kacang bendi/batang keladi)
sehingga layu. Matikan api dan sedia untuk di hidang.


Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 02:26 AM | Show all posts
KERANG REBUS
---------------------
1kg kerang (telah dicuci)
1 biji bawang merah besar (hiris)
2 batang serai (titik)
1 batang cili merah (hiris)
sedikit halia (hiris)
garam secukup rasa

Rebus sehingga kerang terbuka. Tu tanda dah masak le tu


Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 02:27 AM | Show all posts
Asam Rebus Bendi

Bahan-bahan :
Bendi - buang tombol atas bendi tu dan belah dua (jangan putus)
Bawang merah - blend
Bawang putih - blend
Lada merah - blend
Ikan bilis - blend
Asam keping
Air masak secukupnya


Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 02:28 AM | Show all posts
IKAN KUKUS KICAP BERHALIA...

BAHAN-BAHANNYA :
2 keping isi kan merah
1/2 batang lobak merah saiz sedang, hiris halus
2 inci halia muda, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
5 biji bawang merah, hiris halus
1 pokok daun bawang hiris halus
4-5 biji cili padi, diketuk
1/4 bahagian bunga kobis, potong sekuntum2
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
3 camca besar kicap cair*
1 camca teh sos tiram*
1/4 camca teh minyak bijan*
1 camca teh madu*(*disatukan dan kacau rata2)

CARA MEMBUATNYA :
Ikan dilumur sedikit garam dan jus lemon, perap 10 minit, cuci bersih dan toskan. Lumur bahan yang disatukan (*) pada ikan hingga rata. Perap 20 minit. Kemudian letak ikan tadi dalam bekas tahan panas

Letak bunga kobis dan tabur bahan lain atasnya, tabur sedikit garam jika kurang masin. Kukus selama15 - 20 minit atau hingga ikan masak


Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2018 02:29 AM | Show all posts
Resepi Ikan Kembung Masak Pindang

Bahan-bahan:
2 ekor ikan kembung
2 batang serai (dititik)
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang kecil*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
sedikit halia*
sedikit air asam jawa
1 biji tomato (dibelah 4)
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara memasaknya:
1. Blendkan bahan yang bertanda *. Masukkan
Bahan yang dikisar, serai, air asam jawa
serta air secukupnya ke dalam periuk.
2. Apabila sudah mendidih, masukkan garam.
Biarkan seketika. Sebelum tutupkan api
masukkan buah tomato.
3. Setelah masak, bolehlah diangkat untuk
dihidangkan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.130480s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list