JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
92256
View
402
Reply

[Makanan & Minuman] MENU/MAKANAN ANDA & RESIPINYA

[Copy link]

Author: masarju       Show all posts   Read mode

Post time 9-2-2011 04:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by qimi08 at 9-2-2011 16:54



MENU : SAMBAL JAWA

Bahan-bahanya (agak2 lah ye berapa banyak nak guna)

Tempe, kentang, tahu,
kobis, kacang panjang
Lada hijau dan merah
bawang putih, bawang besar
sedikit air asam jawa
soohon, santan pekat, sedikit belacan

Cara-caranya

1) Tempe, kentang, tahu >>>> potong kecil dan goreng.

2) Kacang panjang di mayang serong2.
     Kobis di hiris.  

3) Lada merah dan hijau serta bawang besar dan bawang puteh di hiris.

4) Soohon yang telah di rendam.


Panaskan minyak dan goreng  bawang besar dan puteh. Masukkan lada yang telah di hiris. Bila dah mesra masukkan tempe, kentang dan tahu yang telah di goreng. Masukkan kacang panjang.

Bancuhkan asam jawa sikit dengan belacan sikit dan gaul dalam santan pekat  bersama garam. masukkan santan campuran tu dalam masakan. Gaul rata. Masukan kobis dan soohon. Gaul rata agak2 dah masak jangan sampai masak sangat. Tadaaaaa siap dah. Opsss rasa dulu sebelum angkat
.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 05:06 PM | Show all posts
Harap mas puas hati dan selamat mencuba
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 08:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by qimi08 at 9-2-2011 21:31

LAKSA SARDIN (LAKSA SEGERA)
Menu - kredit blog NB


Kalau teringin sangat nak makan laksana menus sendiri guna bahan2 yang mudah sahaja

Bahan2

2 tin ikan sardin besar
Laksa basah (dicelur dgn air panas)
Daun Kesum
Bunga / Batang Kantan
Asam keping
Garam dan serbuk perasa
Cili kering, bawang besar dan kecil dikisar

   
    Hiasan
    Hirisan timun, salad, telur rebus dan limau kasturi / nanas masah

   
1) Bahan utama membangkitkan aroma kuah laksa.

   
2) 1 tin isi ikan sardin besar, buang sos sardin dan hancurkan isinya diramas atau   
     dimesin halas

     
3) 1 tin lagi di hancurkan kasar, terpulang pada kesukaan masing-masing.

     
4) Masukkan semua bahan dalam periuk, daun kesum, bunga kantan, bawang, cili,  
    asam keping.  Masukkan sardin yang sudah diramas halus. Selepas mendidih,   
     masukkan sardin yang diramas kasar. Sedapkan dengan garam dan perasa.

   
5) sudah siap dihidang bersama-sama bahan2 yg dihiris (gambar diatas)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 09:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by qimi08 at 9-2-2011 21:34

MEE KARI
Menu - kredit blog NB


BAHAN-BAHANYA

     
     
1) Bawang putih, bawang merah, halia yang dihiris,daun limau purut , garam, perasa, air   
    dan minyak, kari


   
2) Susu atau santan,
  
   
3) Cili kisar

     
  
4) Udang, chicken ball atau fish ball

   
5) sotong

   
6) kerang

   
7) Tahu yang sudah digoreng, sawi dan taugeh yang sudah direbus.

   
8) Mee yang sudah dicelur.

CARA MEMBUATNYA


1) Gaulkan cili, kari, halia, bawang putih dan bawah merah sehingga sebati.


2) Panaskan minyak dan tumis hingga garing. Masukan air, bahan-bahan makanan laut, susu, daun limau, perasa dan juga garam. Biarkan mendidih dalam beberapa minit dan tutup.


3) Hidangkan - bersama telur rebus, bawang goreng

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 09:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by qimi08 at 9-2-2011 22:13

SAMBAL SOLO
Menu - kredit blog NB


1) Tomato yang dipotong sebegini, apa -apa bentuk pun tidak mengapa.
    Asalkan senang untuk digoreng dan ditumbuk.
    Kalau suka masam lebihkan, tapi saya hanya guna
    2 biji besar untuk 4 ekor ikan.


2)Lima biji cili hidup, 1o biji cili api. Saya suka pedas jadi saya
   letak cili api banyak-banyak, yang tidak suka pedas kurangkan.
   Bawang besar sebiji, bawang putih dalam 4-5 ulas.


3)4-5 ekor. Ikan talpia/cencaru dan apa sahaja yang sesuai.
   Digoreng terlebih dahulu dan ketepikan.


4)Buah keras dalam 3-4 biji.


5) Goreng cili api, cili hidup, bawang, bawang putih dan buah keras
    dengan sesudu minyak. Goreng sehingga separuh masak dan
    masukkan tomato dan goreng sehingga masak.


6) Selepas masak tumbuk. Sehingga pecah perut cili padi.


7) Selepas selesai ditumbuk, goreng lagi sekali dengan sesudu minyak.
    Tambah garam dan perisa. Masukkan ikan yang sudah digoreng
    sebentar tadi.


8) sudah siap

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 10:08 PM | Show all posts
Post Last Edit by qimi08 at 9-2-2011 22:09

SAMBAL SULUR KELADI
Menu - kredit blog NB



1) Bawang putih, bawang merah, cili, dimesin sekali dan ditumis dengan minyak
    sehingga
garing.


2) Ikan bilis dibersihkan, dibuang tahinya dan dibelah dua. Apabila campuran cili dan
bawang tadi telah masak, masukkan ikan bilis.



3)Masukkan sedikit air asam.


4) Kemudian masukkan sulur keladi yang , dibersihkan, dibuang kulit arinya
dan dipotong-potong anggaran 1 inci setengah. Masukan garam dan perasa.


5) Inilah hasilnya, sambal sulur keladi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 10:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by qimi08 at 9-2-2011 22:28

ROTI JALA
Menu - kredit blog NB


1) ni bahan-bahan untuk membuat roti jala, tepung gandum,
    susu/santan, telur dan juga garam.
    Campurkan semua dengan air dan masukkan sedikit kunyit
    untuk pewarna


2) Adun sehingga menjadi sebati, buat sedikt cair,
    tapis adunan tersebut.
    Ini bagi membolehkan adunan keluar dengan sempurna
    daripada acuannya.


3) Panaskan kuali, seboleh-boleh gunakan kuali yang tidak melekat.
    Terlebih dahulu cuba adunan, sama ada adunan akan mengalir
    dengan elok atau tidak daripada acuan.
    Kalau tersekat dan tidak lancar, besarkan sedikit lubang acuan
    tersebut dengan mencucuk menggunakan garpu.
    (acuan kuih plastik..biasalah tersumbat).


4) Membuat roti jala biasanya dipanggil mengirai bagi orang selatan.
    Kerja mengirai perlu dilakukan dengan pantas bagi mengelak
    roti jalan menjadi dot..dot..dan dot.

   
5) Selepas masak angkat dan lipat empat panjang begini.

     
6) ni kari ayam kampung

   
7) dah blh makan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 11:08 PM | Show all posts
POPIA BASAH
Menu - kredit blog NB



Ramuan untuk inti popia

1/2 kilo udang (dibuang kulit dan dipotong 4)
Taugeh 40 sen
Lobak 2 batang } disagat
1 biji Sengkuang}disagat
Kuib ayam
Telor 5 biji } didadar halus digulung dan dipotong nipis
1 biji telor (untuk gam kulit popia)


Inti popia yang sudah siap di masak
Kiub ayam
Garam secukup rasa
5 ulas bawang} tumbuk boleh hiris pun boleh,
Minyak




Kulit
Beli sahaja yang sudah siap di pasaraya. Sebungkus ada 40 keping

Kuah untuk disapu
5 ulas bawang kecil}tumbuk
2 ulas bawang putih}tumbuk
2 sudu petis
5 sudu cili yang sudah di mesin.
Garam


Cara-cara membuatnya
Untuk membuat inti popia, tumis bawang, selepas garing masukkan udang, masukkan kuib ayam, kemudian masukkan lobak, sengkuang dan taugeh. Sedapkan rasanya dengan garam. Masak sayuran tersebut jangan terlalu lama. Angkat dan tapis kerana sengkuang akan mengeluarkan air yang banyak.
Ambil kulit popia, masukkan semua inti tadi bersama telur dadar yang sudah dipotong halus, gulung dan lekatkan dengan telor. Goreng...


Untuk kuah, tumis bawang merah, bawang putih, cili sehingga garing dan kemudian masukkan petis. Sesuaikan rasanya dengan garam. Tunggu sehingga kuah pekat. Selepas sejuk sapukan di atas popia yang sudah digoreng sebentar tadi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 11:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by qimi08 at 9-2-2011 23:42

ES ALPUKAT - Ovocado
Menu - kredit blog NB


Ramuan penting, ovocado. Mesti yang sudah masak tau.
Jangan beli yang keras dan hijau. Keras dan hijau itu sedap dibuat salad.
Tapi untuk dibuat air ini mesti yang lembut. Korek isinya dengan sudu.


Ais..ini pilihan. Pada yang suka boleh. Kalau tak suka tinggalkan sahaja


Gula merah atau gula melaka. Gula ini di masak dengan sedikit air.
Masak sehingga gula ini larut.


Susu atau santan.



Masukkan ais, isi ovocado, susu ke dalam blender.
Blend sehingga halus dan menjadi krim.


Tuangkan gula melaka yang sudah dimasak bersama dengan air sebentar tadi. Dah boleh makan dah..yummmy..yummy




nota kaki:
Semua resepi yang saya ambil dari blong NB
telah mendapat kebenaran dari beliau untuk dikongsi
bersama pembaca di sini....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 12:14 AM | Show all posts
TQ kawan-kawan semua, banyaknya resipi...mesti aku cuba nanti..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 10-2-2011 09:29 AM | Show all posts
Reply 38# cmf_blingblings

bling
Sharelah 1,2 resipi...blh kan?;)
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2011 11:22 PM | Show all posts
Puding roti ^_^

Susun roti dalam loyang, tuang susu segar dalam 500ml.



Campurkan 2 biji telur, 4 sudu butter, 1 sudu tepung jagung, 1 sudu gula dan 1 sudu esen vanila.



Tuang atas roti tadi dan tabur kismis.



Bakar dalam 30minit dalam suhu 180 darjah celsius. Siap

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 12:42 AM | Show all posts
Post Last Edit by qimi08 at 14-2-2011 00:43

MENU : SAYUR TERUNG GORENG
kredit resepi Blog NB



     
1) Ini ramuan wajiblah, bawang putih, bawang merah, minyak zaitun dan tomato.
     Bawang   putih, dipotong halus begitu juga bawang merah.
     Tomato dipotong 6 atau 8.

     
2) Terung, beberapa biji ikut sukalah.
    Terung ini perlu digoreng menggunakan minyak sehingga lembut.
    Angkat dan toskan.

   
3) Timun, timun cameron atau timun jepun yang hijau dan slim.
    Timun biasa pun blh juga

     
4)  Isi ayam, dipotong-potong kecil.

     
5)  Kentang yang diracik-racik sebegini.
     Tetapi terpulanglah pada individukan.
     Kentang ini perlu digoreng dahulu sehingga masak/lembutlah.

     
6)  Goreng bawang putih, bawang merah menggunakan minya zaitun,
     apabila sudah lembut masukkan ayam, goreng sehingga ayam masak.

     
7)  Masukkan timun kemudian masak sehingga separuh masak.

     
8)  Sudah siap blh dimakan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 01:17 AM | Show all posts
Reply  cmf_blingblings

bling
Sharelah 1,2 resipi...blh kan?
masarju Post at 10-2-2011 09:29
Insyaallah kalau ada resipi yg best2 akk blings kasi...tak adalah pandai sgt...colek org umah punya bolehlah
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-2-2011 08:54 AM | Show all posts
Wah...bnyknya resipi2.
Akn dtg nnti nk baca n rate.
TQ all.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2011 03:36 PM | Show all posts

Resepi Bingka Susu

Reply 377# masarju

Resepi Bingka Susu

Bahan-bahannya:


1 tin (16oz) Mentega
1 tin kecil susu manis
3 tin susu cair
4 cawan tepung biasa
1 1/2 cawan gula
7 biji telor
1 sudu besar custard
5 gelas air panas (untuk mencairkan custard)




Caranya:


Pecahkan telur dan gaul dengan gula. Masukkan mentega kedalam adunan tadi dan tinggalkan sedikit untuk dicairkan menjadi minyak untuk membakar bingka nanti.


Masukkan tepung dan gaul rata, kemudian masukkan susu manis dan susu cair satu persatu.

Cairkan custard dengan sedikit air, kemudian dimasak dengan air panas.


Masukkan custard yg sudah dimasak dengan air panas dan di campurkan kedalam adunan yg awal tadi.


Bahagikan adunan itu kedalam dua takir untuk dibakar setelah mencairkan sedikit lebihan mentega tadi. Bakar adunan di dalam oven bersuhu 150 darjah dengan mengunakan api pembakar atas dan bawah. Bakar dalam satu jam 30minit.




Selamat mencuba







Diantara bahan-bahan yg digunakan.





Gaul dalam blender jerr... lagi senang





Ne hasil nya.... setelah semua adunan di campur...




Lebihan mentega di letak dlm takir





Bakar di dalam oven dengan suhu 150 darjah





Ni ler hasilnyeee... Sedap ne...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 03:15 PM | Show all posts

Ayam Masak Lemon

ajar la masak
liez Post at 23-2-2011 15:07

MASAK AYAM LEMONayam kasi potong 4...
perap 1/2 jam dengan sos tiram,
lada itam,
gula sket,
jintan manis sket,
perahan lemon agak2 lam 1/2 biji...
grill sampai sampai kaler jadik camni...
panas oven lam 120C-150C

salad tu daun ketumbar potong lam 1 inci panjang,

parut kulit lemon amek lam 1 sudu teh,
perahan lemon 1 sudu teh
secubit jintan manis,gaul rata...siap

bawang beso kunin tu potong bulat2...

goreng dgn minyak yg sedikit jah sampai layu...
n perah lemon dalam 1/4 biji kat bawang tu...
tabur atas ayam yg dah di grill...
siappppp...leh mamam panas2...
   

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 03:30 PM | Show all posts
LAMB CHOP

Utk perap daging lam 2-3 keping:
halia +- 1cm beso ibu jari(ditumbuk halus)
1 sudu kecil lada hitam(ditumbuk halus)
kicap manis (men agak2 ja)
bawang putih +- 2-3 ulas(ditumbuk halus)
1-2 sudu osyter sauce
Garam dan gula secukup rasa (gula leh ganti ngan madu)
kalau ada rosemary buh skali lam 1/2 sudu teh

perap lam 1/2 jam n bakar lam oven lam 180'c dalam 20-25 minit...

jgn bakar lebih lama dari tu sbb nnt daging akan jadi keras...

nak wat baked vege... belasah jah karot,brokoli, kentang, bawang besaq n kalau ada asparagus,tomato ceri pun sedap... buh garam sket..minyak zaitun, rosemary bakar skali ngan daging...tapi daging bakar belah atas sayo belah bawah...bagi air daging tu menitik atas sayo ala2 sos tu...
sayo bakaq lam tray...siap!!

makan panas2...sejuk tak sedap



sedap makan ngan mint sauce...


mint sauce
1/2 cawan daun pudina dicincang halus
@ blend ngan 1/2 cawan air pun buleh kalau malas nak hiris halus2
cuka dalam 1/3 cawan
gula secukup rasa


kalau rasa bau cuka tu tajam sangat...
leh tambah air kasik kurang sket bau cuka tu...


ataupun...


black pepper sauce (amek resipi kat myresipi.com)
Bahan-bahan ( 1 famili )
  • 3 sb mentega*
  • 4 sb tepung gandum*
  • 300 ml air panas
  • 300 ml susu segar
  • 1 keping kiub lembu/kiub ayam
  • 1 sb kicap pekat
  • 1 sk cuka
  • 1 sb serbuk lada hitam (lebih sedap kalau yg ditumbuk sendiri)

Cara-cara
  • Cairkan mentega di dalam kuali atau periuk atas api yg kecil dan masukkan tepung.Masak hingga berbuih.
  • Masukkan kesemua bahan2 yang lain ke dalam campuran tepung dan gaul hingga rata dan masak hingga pekat.Jika terlalu pekat boleh ditambah sedikit air atau susu cair lagi.
  • Apabila siap, bolehlah disajikan dgn steak,chop atau burger pilihan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-2-2011 09:50 AM | Show all posts
Puding roti ^_^

Susun roti dalam loyang, tuang susu segar dalam 500ml.



Campurkan 2 biji te ...
narcolepsy Post at 12-2-2011 11:22 PM


One of my fev ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 11:27 PM | Show all posts
Another healthy recipes from me
yang nie iols ubah sedikit
resepi asal dr blog zuzana BODYROCKERS.com

VEGIE QUICHE
utk sorg makan(kalau ramai leh tambah bilangan telur)
2 biji telur (tapi guna satu kuning jerk)
iols guna daun salad, tomato
carik2 halus(tomato potong2)
perasa= perisa paprika, garam, perisa ikan bilis
olive oil

1- telur dipukul, masukkan perasa(3 jenis tuh) nak buh perasa lain pun bleh
then masukkan sayur
2- tambah sedudu olive oil
3- baked in oven for 1-20 minutes (175  darjah celcius)

maka jadiklah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 2-3-2011 10:10 AM | Show all posts
Reply 70# ctsueraya

Blh cuba nnti.TQ 4 de recipie..ct.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 01:18 PM | Show all posts
Reply 71# masarju


samer2..skang iols tgh gile cuba healthy recipes..hehe
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 3-3-2011 09:28 PM | Show all posts
Reply 72# ctsueraya

Utk stay slim n fit.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2011 01:12 PM | Show all posts
Reply  ctsueraya

Utk stay slim n fit.
masarju Post at 3-3-2011 21:28



  opkos kaka
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-3-2011 10:04 PM | Show all posts
Reply 74# ctsueraya

Ada lagi resipi baru tak?;)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.131489s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list