IKAN KELI GORENG BERLADA
Bahan-bahan
1 sudu teh belacan
10 biji cili besar merah
½ biji bawang besar
sedikit
halia
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
(Kisar semua bahan diatas)
1 ekor ikan keli saiz sederhana di potong
Kunyit hidup ditumbuk bersama garam
Bahan perasa, garam dan gula secukupnya
Cara-cara
1. Lumurkan ikan keli yang telah dibersihkan bersama garam dan kunyit kemudian digoreng garing
2. Panaskan kuali dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Tambahkan sedikit perasa, garam dan sedikit gula
3. Masukkan ikan keli yang telah digoreng dan gaul sebati. Siap untuk dimakan..
|