View: 2557|Reply: 20
|
[Politik]
'Selagi jadi pak turut PAS, Bersatu sukar bentuk kerajaan pusat'
[Copy link]
|
|
'Selagi jadi pak turut PAS, Bersatu sukar bentuk kerajaan pusat'
Diterbitkan: Oct 14, 2023 10:56 AM
Bekas ahli majlis pimpinan tertinggi (MPT) Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na'aman menyifatkan Bersatu hanya menjadi pak turut PAS dan sebagai pelengkap agenda politik jumud parti Islam itu.
Dia berkata demikian ketika mengulas coretan seorang ahli Bersatu yang mencadangkan agar kepimpinan parti itu dirombak.
Katanya, sekiranya Bersatu menjadi semakin ekstrem di bawah Perikatan Nasional, adalah sukar untuk parti itu membentuk kerajaan pusat memandangkan perkara itu hanya dapat dicapai melalui kerjasama dengan kaum-kaum lain.
"Sebab itu parti Bersatu kini sekadar jadi pak turut dan pelengkap kepada agenda politik jumud main sentimen 2R dari pihak PAS dan serpihan GTA (Gerakan Tanah Air) saja.
"Kita kalau jadi makin ekstrem sukar untuk bentuk kerajaan pusat kerana ia memerlukan kerjasama semua kaum termasuk blok Borneo yang ramai pribumi bukan Islam serta Muslim yang moderat.
"Kalau setakat nak mempertahan atau menawan negeri-negeri tradisional majoriti besar Melayu konservatif seperti Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu itu bolehlah, PAS yang untung akhirnya pun," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Untuk rekod PAS merupakan parti yang paling banyak memengani kerusi Parlimen dalam kalangan parti PN.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) PAS berjaya memenangi 49 daripada 79 kerusi Parlimen yang dimenangi PN.
PAS juga menguasai empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Muhammad Faiz mengingatkan Bersatu bahawa negara ini ditunjangi oleh Raja-raja Melayu yang mahu negara diuruskan dengan mengambil kira kepentingan semua pihak.
"Ingatlah, negara kita ada Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong sebagai faktor penentu teratas keabsahan sesuatu kerajaan pusat tersebut.
"Dan baginda-baginda sekalian majoritinya jika bukan semua pun, seringkali menyeru agar negara kita ini ditadbir urus oleh kerajaan yang mewakili kepentingan semua pihak, seimbang dan moderat agar perpaduan dapat dikekalkan serta kemajuan dapat diteruskan," katanya lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Asalkan Islei… aku guna ko, ko gunakan aku… prooot! |
|
|
|
|
|
|
|
PAS/PN laknat akn lingkup next pru..
No doubt about it. |
|
|
|
|
|
|
|
pas,bersatu,umngok masing2 berebut sokongan org melayu je.walau skrg mmg nampak pas dominant.mustahil nak jadi federal kalau xde sokongan non malay,borneo.masalahnya pemimpin,barua pn bodoh sombong takleh bawak bincang.dibuatnya non malay neh musuh ,fitnah diorg. |
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 14-10-2023 12:05 PM
PAS/PN laknat akn lingkup next pru..
Sory PH akan melingkup teruk next PRU |
|
|
|
|
|
|
|
Wak Zahid tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
LANTAK lah nak kata jumud ke apa. yang penting, Pas lah yang stabilkan tekanan dari lain2 bangsa selama ini di Malaysia. dan suara Pas juga dibawa ke arena antarabangsa secara low profile.
naratif jahat dan hanat spt ini hanya diangkat utk memburukkan parti musuh spt Pas |
|
|
|
|
|
|
|
PAS tu lalang....baru tahu ker? |
|
|
|
|
|
|
|
bersatu ni parti hingusan, belum khatan lagi pun...PAS is the driving force...korang menang pun sebab PAS
belajar utk merendahkan diri |
|
|
|
|
|
|
|
مرحبا، زملائي عشاق كرة السلة! لقد كان من دواعي سروري استكشاف كازينو رائع عبر الإنترنت، وخاصة قسم المراهنة على كرة السلة. إذا كنت تريد الاستمتاع بإثارة المراهنة على كرة السلة، فما عليك سوى انتقل إلى الموقع والبدء في رحلة مبهجة! |
|
|
|
|
|
|
|
dah2 la tu.negara2 lain lepas election move on..tpi lobai dok meroyan..ehh malu la sket...tak gentleman langsung. |
|
|
|
|
|
|
|
gaduh...gaduh.....nampak sgt gila kuasa |
|
|
|
|
|
|
|
Logic je korang jadi pak turut dah memang pas banyak menang kerusi. Sooooooo |
|
|
|
|
|
|
|
menang pun tetap jd pelacor...tonggek sana sini cari tongkat
|
|
|
|
|
|
|
|
PAS tak mampu sapu banyak kerusi selagi tak boleh melebar sayap ke Sabah Sarawak. |
|
|
|
|
|
|
|
PAS perlu membumi di Malaysia...jangan terlalu padang pasir. |
|
|
|
|
|
|
|
Pas pati karut bodohkan melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
Bubarlah Bersatu..masuk DAP. |
|
|
|
|
|
|
| |
|