CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3400|Reply: 0

Risiko hidap kanser payudara meningkat seiring usia

[Copy link]
Post time 15-10-2023 10:52 AM | Show all posts |Read mode
Risiko hidap kanser payudara meningkat seiring usia


Umum mengetahui bahawa semakin lama seseorang wanita itu terdedah kepada hormon wanita (sama ada dibuat oleh badan atau diperoleh daripada ubat-ubatan atau tampalan), semakin besar kemungkinan untuk mereka mendapat kanser payudara.
BAGI wanita, kanser payudara kekal sebagai penyakit yang membimbangkan buat mereka.

Malah, terdapat pelbagai perbincangan tentang bagaimana kesannya boleh berubah-ubah apabila seseorang wanita itu memasuki fasa menopaus dalam hidupnya.

Di Malaysia, kanser payudara menduduki kedudukan tertinggi sebagai kanser utama dalam kalangan wanita.

Oleh itu, terdapat keperluan kritikal untuk mewujudkan lebih banyak kesedaran dan pemahaman menyeluruh tentang risiko yang boleh menyumbang kepada kanser payudara.

Pakar Perunding Onkologi Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV), Dr. Hafizah Zaharah Ahmad berkata, penting untuk faham bahawa menopaus itu sendiri secara semula jadi tidak meningkatkan risiko mendapat kanser payudara.

Sebaliknya beliau berkata, risiko kanser payudara meningkat seiring dengan pertambahan usia serta fasa yang berbeza dalam kehidupan seseorang wanita membawa kepada perubahan hormon berbeza.

“Perubahan ini memainkan peranan penting dalam risiko kanser payudara, terutamanya disebabkan oleh pengaruh hormon seperti estrogen dan progesteron pada tisu payudara.

“Tahap estrogen yang tinggi, terutamanya dalam tempoh berpanjangan boleh merangsang pertumbuhan sel payudara dan meningkatkan risiko mutasi yang boleh menyebabkan kanser.

“Inilah sebabnya faktor seperti awal mendapat haid, lewat mendapat menopaus dan terapi penggantian hormon dikaitkan dengan risiko kanser payudara lebih tinggi.

“Ini kerana, ia mendedahkan tisu payudara kepada estrogen untuk tempoh lebih lama,” katanya.


DR. HAFIZAH


Tambahnya, kehamilan dan penyusuan susu ibu dapat mengurangkan pendedahan wanita kepada estrogen secara sementara serta mungkin memberi perlindungan terhadap kanser payudara.

Namun begitu, risiko itu mungkin meningkat selepas bersalin jika kehamilan pertama berlaku ketika wanita itu lebih berusia.

Dalam pada itu, gaya hidup sihat adalah kunci untuk menghindari pelbagai isu kesihatan dan ia amat penting dalam penjagaan kanser.

Dr. Hafizah menjelaskan bahawa lemak dalam badan wanita menukarkan sesetengah bahan dalam darah kepada hormon wanita yang seterusnya dapat mendorong kepada pertumbuhan kanser payudara.

Oleh itu, golongan wanita disarankan supaya mengamalkan pemakanan sihat, kekal aktif dan mengekalkan berat badan sihat untuk mengurangkan risiko perkembangan kanser.

“Obesiti mengganggu keseimbangan hormon dalam badan. Apabila berat badan kita bertambah, lebih banyak insulin iaitu hormon dihasilkan oleh organ dikenali sebagai pankreas perlu dirembeskan untuk mengelakkan kenaikan paras gula berlebihan.

“Selain mengawal paras gula, insulin meningkatkan pengeluaran sel dan mengurangkan kematian sel.

“Ini bermakna, terdapat lebih banyak peluang untuk sesuatu yang tidak kena berlaku dalam badan dan menyebabkan kanser berlaku,” jelasnya.

Sementara itu, Pakar Perunding dan Pakar Bedah Payudara, Endokrin Pembedahan Am SMCV, Dr. Suziah Mokhtar berkata, risiko kanser payudara boleh dikategorikan kepada dua iaitu pramenopaus dan selepas menopaus.

Ujarnya, pramenopaus dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara hormon-reseptor-positif (HR+).


DR. SUZIAH


Menurutnya, selepas menopaus pula terdapat peningkatan risiko untuk kanser payudara hormon-reseptor-negatif (HR-).

“Kanser payudara cenderung menjadi lebih agresif dalam kalangan wanita lebih muda ketika fasa pramenopaus berbanding wanita yang lebih tua dan telah menopaus.

“Menopaus penting dari segi rawatan khusus yang mungkin berkesan untuk pesakit.

“Wanita pramenopaus dengan HR+ mungkin lebih sesuai untuk dirawat menggunakan ubat-ubatan yang menyekat tindakan estrogen.

“Untuk wanita selepas menopaus dengan kanser payudara jenis HR+, ubat alternatif mampu menurunkan paras estrogen,” katanya.

Tambahnya, apabila wanita HR+ pramenopaus mendapat rawatan menggunakan ubat untuk menurunkan tahap estrogen, mereka mungkin akan mengalami menopaus kimia.

Ujarnya, ia berlaku disebabkan penggunaan ubat yang merangsang otak untuk menyekat ovulasi dan pengeluaran hormon ovari.

Umum mengetahui bahawa semakin lama seseorang wanita itu terdedah kepada hormon wanita (sama ada dibuat oleh badan atau diperoleh daripada ubat-ubatan atau tampalan), semakin besar kemungkinan untuk mereka mendapat kanser payudara.

Sesetengah wanita juga mungkin mengalami simptom perimenopaus seperti kilat panas ataupun hot flashes, masalah tidur dan kekeringan faraj.

Mereka mungkin memilih untuk menggunakan gabungan terapi penggantian hormon untuk mengurangkan gejala, tetapi ia boleh meningkatkan risiko kanser payudara.

Oleh itu, risiko kanser payudara menjadi lebih tinggi jika terapi penggantian hormon digunakan secara lebih lama.

Sementara itu, Dr. Suziah menekankan, tanpa mengira status menopaus, kaedah pengesanan awal untuk kanser payudara tidak berbeza.

“Ujian mamogram dan ultrasound payudara adalah penting untuk pengesanan awal.

“Selalunya ujian saringan ini dapat mengenal pasti kanser payudara bertahun-tahun sebelum ia menjadi ketara dan diagnosis tepat bergantung kepada keputusan biopsi tisu payudara.

“Rawatan kanser payudara biasanya melibatkan gabungan pembedahan, kemoterapi, radioterapi, terapi hormon atau endokrin.

“Terapi sasaran ini akan disesuaikan dengan ciri-ciri khusus kanser payudara tersebut,” terangnya.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... ngkat-seiring-usia/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.056362 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list