CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1863|Reply: 11

[Politik] Tun dituduh guna LHDN 'perangkap' Najib

  [Copy link]
Post time 17-10-2023 09:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 18-10-2023 01:16 PM

PETALING JAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad berasa agak hairan bagaimana Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi boleh menuduh beliau memperalat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di dalam kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan anaknya disaman kerana tidak membayar cukai berjumlah RM1.7 bilion.

Dalam satu kenyataan, Dr. Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri mempersoalkan apakah Mohd. Puad tidak memahami proses perundangan kerana dalam apa-apa juga kes melibatkan kerajaan, ia perlu mendapat persetujuan pihak Peguam Negara sebelum dibawa ke mahkamah.

“Keduanya, apabila ia dibawa ke mahkamah, Hakim pula akan membuat penilaian berdasarkan kepada bukti-bukti yang dipamer dan saksi-saksi yang dipanggil.

“Jika tiada saksi-saksi dan bukti-bukti yang sahih dan kukuh, maka, hakim dan mahkamah akan membuang kes tersebut,” kata beliau dalam kenyataan.

Semalam, LHDN dilapor boleh memulakan tindakan untuk mendapatkan tunggakan cukai RM1.7 bilion daripada Najib dan anaknya, Datuk Nazifuddin selepas panel lima hakim yang diketuai Pengerusi Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim menolak rayuan mereka.

Ahad lepas, Mohd. Puad dalam hantaran di Facebook mendakwa, kerajaan patut batalkan saman LHDN sebanyak RM1.7 bilion itu selepas ia jelas disifatkan sebagai konspirasi Dr. Mahathir mempolitikkan LHDN untuk menzalimi Najib.

Mengulas lanjut, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu turut mempersoalkan kenapa peguam bela Najib tidak menunjukkan bukti di mahkamah atau di hadapan hakim sekiranya LHDN diperalat oleh beliau.

“Apakah Puad Zarkashi menganggap hakim-hakim tersebut tidak tahu menilai bukti-bukti dan saksi-saksi yang di pamer di mahkamah?

“Selain itu, jika Puad Zarkashi ada bukti bahawa LHDN diperalat oleh saya, kenapa dia tidak beri bukti itu kepada peguam bela Najib dan menawar diri sebagai saksi pembelaan.

“Tetapi ini tidak dilakukan olehnya. Sebaliknya, dia cuma ‘meroyan’ di luar mahkamah dan membiar Najib menghadapi saman dan kalah,” kata beliau.

-Utusan






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2023 09:17 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Anwar Ibrahim je yang boleh tolong Najib Razak.

The Savior
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 11:05 AM | Show all posts

Dalam satu kenyataan, Dr. Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri mempersoalkan apakah Mohd. Puad tidak memahami proses perundangan kerana dalam apa-apa juga kes melibatkan kerajaan, ia perlu mendapat persetujuan pihak Peguam Negara sebelum dibawa ke mahkamah.



Pelantikkan Peguam Negara atas pilihan siapa..?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 11:08 AM | Show all posts
Atok yg punca ,tapi PMX yg kena kecam dgn penjilat Bossku


Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 11:17 AM | Show all posts
Saka kannnn..BUAT HAL SUNGGUH LAAA..KACAU ORG X HABIS2

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2023 11:18 AM | Show all posts
pintar org tua ni..kalau dia jalan baru aman malaysia barangkali
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Keralaa..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2023 01:19 PM | Show all posts

bkn najib aje..semua politician perlu istihar harta..tp byk yg tak setuju tmasuk lebai
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 18-10-2023 11:18 AM
pintar org tua ni..kalau dia jalan baru aman malaysia barangkali

Agreed with you..mmg menanti bila dia nak gol..maybe msia will be better without him
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 03:07 PM | Show all posts
hahahaha... kadg kelako dgan ummah meleis... benda yg dia percaya tp xde bukti, x mampu dibuktikan, dia kekal percaya.... benda yg xde bukti, x mampu nak buktikan dia kekal jugak percaya....

Long Live Tun! semoga pjg umur dan sihat sentiasa..... semoga jd piyem utk kali ke-3
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2023 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari dulu tun m bercakap mesti ada bukti kukuh berbeza dgn nuart juburi & friends suke mengencingggg psl 6 kotak, pandora box blabla tu pon ramai walanon bodoh duk purcaya & claim m'peroleh kemenangan awl terhadap tun even syok sundiri je
#sst8%
#4.76
#madanonbest
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.069523 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list