CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1214|Reply: 0

Agong kurnia 292 pingat kepada tentera, termasuk dua penerima negara asing

[Copy link]
Post time 19-10-2023 04:45 PM | Show all posts |Read mode

AL-SULTAN Abdullah berkenan mengurniakan darjah PGAT Kehormat kepada Marsekal pada Istiadat Pengurniaan DKAT 2023. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) Kehormat kepada Kepala Staf TNI Angkatan Udara (KASAU) Indonesia Marsekal (Marshal) Fadjar Prasetyo.

Pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia (DKAT) 2023 sesi kedua yang berlangsung di Balairung Seri Istana Negara, Fadjar selaku penerima kehormat, mendahului senarai 292 penerima pingat.

Seri Paduka turut berkenan mengurniakan darjah PGAT kepada Panglima Tentera Udara Singapura Mej Jen Kelvin Khong.

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat mengiringi Seri Paduka yang juga Pemerintah Tertinggi ATM ke istiadat pengurniaan darjah itu.

Pada istiadat itu, Seri Paduka mengurniakan darjah Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) kepada sembilan penerima, Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) kepada 43 penerima, Kesatria Angkatan Tentera (KAT) kepada 112 penerima dan Bentara Angkatan Tentera (BAT) melibatkan 126 penerima.

Penganugerahan Pingat DKAT diberikan kepada pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berkelayakan atas jasa dan pengorbanan mereka dalam perkhidmatan ATM.

Hadir sama ke istiadat itu ialah Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Isham Ishak, Panglima ATM Jen Tan Sri Ab Mohammad Ab Rahman, Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob.


AL-SULTAN Abdullah (tujuh, kiri) dan Tunku Azizah (enam, kanan) berkenan bergambar bersama penerima selepas menyempurnakan Istiadat Pengurniaan DKAT di Istana Negara. FOTO Bernama

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nerima-negara-asing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.048676 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list