CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6811|Reply: 12

5 manfaat safron, rempah termahal dunia kepada kesihatan

[Copy link]
Post time 22-10-2023 07:11 PM | Show all posts |Read mode


Bagi 1 gram, harga yang dijual di Malaysia ialah RM25. - GAMBAR HIASAN SYED F HASHEMI/UNSPLASH

DALAM banyak-banyak rempah, rempah apakah yang paling mahal di dunia?

Jawapannya ialah safron. Bagi 1 gram, harga yang dijual di Malaysia ialah RM25. Mahal, bukan? Tetapi, ada sebabnya mengapa ia dijual pada harga yang mahal.

Bagi mendapatkan 1kg safron, sebanyak 120,000 kuntum bunga safron perlu dikumpulkan. Proses menuainya juga sangat rumit dan memerlukan tenaga kerja yang banyak dan lama. Untuk mendapatkan hasil safron yang berkualiti, pekerja perlu bekerja sekurang-kurangnya 40 jam.

Meskipun asal usul safron masih menjadi tanda tanya, ada kemungkinan ia berasal daripada Iran. Di Iran, safron ditanam dan dituai bagi tujuan perubatan.
Justeru itu, Relevan senaraikan lima khasiat safron.

  • Agen antioksida yang luar biasa
Safron mengandungi pelbagai sebatian tumbuhan yang mengagumkan. Ia bertindak sebagai antioksidan iaitu molekul yang melindungi sel anda daripada radikal bebas dan tekanan oksidatif.

Antara agen antioksida dalam safron ialah crocin dan crocetin. Kehadiran kedua-dua agen ini yang membuatkan safron berwarna merah. Selain itu, crocin dan crocetin juga melindungi sel-sel otak daripada kerosakan progresif.

  • Boleh merawat gejala kemurungan
Saffron digelar sebagai the sunshine spice. Ini bukan sahaja disebabkan oleh warnanya yang berbeza tetapi juga kerana ia boleh membantu meningkatkan mood anda.

Dalam tinjauan lima kajian, suplemen safron jauh lebih berkesan daripada rawatan plasebo dalam merawat gejala kemurungan ringan hingga sederhana.

Kajian lain mendapati bahawa mengambil 30mg safron setiap hari adalah sama berkesan dengan Fluoxetine, Imipramine, dan Citalopram iaitu ubat-ubatan konvensional untuk kemurungan.

  • Mungkin mempunyai sifat melawan kanser
Safron tinggi dengan antioksidan, yang membantu meneutralkan radikal bebas yang berbahaya. Kerosakan radikal bebas telah dikaitkan dengan penyakit kronik seperti kanser.

Dalam kajian tabung uji, safron dan sebatiannya telah ditunjukkan secara selektif membunuh sel-sel kanser kolon atau menyekat pertumbuhannya sambil meninggalkan sel-sel yang sihat tanpa kecederaan.

Ia juga berkesan bagi melawan beberapa jenis kanser seperti kanser kulit, sumsum tulang, prostat, paru-paru, payudara, serviks dan beberapa sel kanser lain.

Walaupun penemuan daripada kajian tabung uji ini kedengaran menjanjikan, kesan antikanser safron kurang dikaji pada manusia dan lebih banyak penyelidikan diperlukan sebelum ia dijamin berkesan untuk melawan kanser.

  • Boleh mengurangkan simptom PMS
Sindrom Prahaid (PMS) ialah istilah yang menggambarkan gejala fizikal, emosi dan psikologi yang berlaku sebelum permulaan haid.

Kajian menunjukkan bahawa safron boleh membantu merawat gejala PMS.

Untuk wanita berumur lingkungan 20-45 tahun, pengambilan 30mg safron setiap hari adalah lebih berkesan daripada rawatan plasebo dalam merawat gejala PMS, seperti kerengsaan, sakit kepala dan sebagainya.

Satu lagi kajian mendapati bahawa hanya menghidu safron selama 20 minit membantu mengurangkan gejala PMS seperti kebimbangan dan menurunkan tahap hormon stres kortisol.

  • Mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan
Pengambilan snek tidak sihat dalam jumlah yang banyak adalah tabiat yang boleh menyebabkan berat badan anda bertambah. Menurut penyelidikan, safron boleh membantu mengekang selera makan anda.

Dalam satu kajian selama lapan minggu, wanita yang mengambil suplemen safron berasa lebih kenyang, kurang makan snek dan kehilangan berat badan dengan ketara berbanding wanita dalam kumpulan rawatan plasebo.

Dalam kajian selama lapan minggu lagi, pengambilan suplemen ekstrak kunyit membantu mengurangkan selera makan, indeks jisim badan, lilitan pinggang dan jumlah jisim lemak dengan ketara.

Walau bagaimanapun, saintis tidak pasti bagaimana safron menyekat selera makan dan membantu penurunan berat badan. Satu teori ialah safron meningkatkan mood, seterusnya mengurangkan keinginan anda untuk memakan snek. – RELEVAN


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2023 08:25 PM | Show all posts
ya, ada pelbagai quoted benefits dari safron ni
tapi mahal sgt
kita beli mcm 2.5g pon dah berbelas pounds dah
yg sy tahu ialah org letak ciputnya dalam nasi
utk bau yg sedap.. betul ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2023 09:20 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 22-10-2023 01:36 PM
ipes2 replied at 22-10-2023 12:25 PM
ya, ada pelbagai quoted benefits dari safron ni
tapi mahal sgt
kita beli mcm 2.5g pon dah berbelas p ...

yang jual kat shopee, instagram tu ok tak? takut jugak tiruan
sebab baca testimoni orang mcm ok
cuma takut dengan kesan sampingan
kesan sampingan ni biasanya mula2 kita guna
pening, loya muntah, sakit perut or alergik
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 09:35 PM | Show all posts
Vellfire replied at 22-10-2023 09:20 PM
yang jual kat shoppee, instagram tu ok tak? takut jugak tiruan
sebab baca testimoni orang mcm ok
c ...

tak tahulah sama ada yg dicampur dgn bahan2 lain, kan?
sebab bendanya sgt mahal.. peniaga tentu terdetik utk tipu2 sikit
nak stretch dia punya keuntungan, kan?
ada yg corn filaments, coconut filaments, safflower etc
ada cara utk kenal katanya google!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2023 09:40 PM | Show all posts


yg byk orang cuba/beli skrg ni brand saffrani
rega dlm RM159 nak jugak cuba nanti
nanti share apa kesan lepas guna

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 05:34 AM | Show all posts
Vellfire replied at 22-10-2023 09:40 PM
yg byk orang cuba/beli skrg ni brand saffrani
rega dlm RM159 nak jugak cuba nanti
nanti share apa  ...

di sini di kedai2 arab / asians kekadang ada
secebis je tetapi sgt mahal
depa letak dalam nasik ke apa
sy pon tak tahu how it works
yg awak nak beli ni, awak nk masak mcm mana?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-11-2023 08:16 PM | Show all posts
ipes2 replied at 31-10-2023 09:34 PM
di sini di kedai2 arab / asians kekadang ada
secebis je tetapi sgt mahal
depa letak dalam nasik ke ...


produk yang dijual ni rasanya utk minum.


baca about saffarani

Siapa yang boleh menggunakan Saffrani?
  • Disarankan untuk meminum Saffrani ini setiap hari untuk kesan berpanjangan.
  • Mereka Yang Berumur Dan Mahu Lebih Bertenaga
  • Menghangatkan Kembali Hubungan Suami Isteri
  • Ibu Bapa Yang Mahukan Anak Mudah Menghafal
  • Mereka Yang Nak Menurunkan Berat Dengan Diet
  • Ibu Yang Sudah Mengandung Lebih 7 Minggu
  • Mereka Yang Selalu Stress Di Tempat Kerja

Kebaikan Pengambilan Saffrani?
  • ✅ Menguatkan daya ingatan, senang untuk menghafal
  • ✅ Melegakan urat saraf dan memperbaiki tidur (insomnia)
  • ✅ Menyokong penghadaman yang baik, dan memperbaiki gangguan pencernaan.
  • ✅ Menurunkan kolestrol, dan melindungi tubuh daripada risiko penyakit kardio.
  • ✅ Menaikkan keupayaan seksual lelaki dan wanita.
  • ✅ Membantu mencantikkan kulit. Kulit rasa lebih lembut dan licin
  • ✅ Meningkatkan imuniti badan.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2023 04:27 PM | Show all posts
  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2023 04:13 AM | Show all posts
Vellfire replied at 1-11-2023 08:16 PM
produk yang dijual ni rasanya utk minum.

baca about saffarani

banyak nye lah kelebihan dia
sy ingat lagi dulu2 kawan sy letak dua tida jalur safron dalam nasi yg dia rebus, dia kata ini nanti bau sedap etc
kami dok kat dorm di Shropshire masa tu dan dia tgh masak utk mkn ramai2
entah mcm mana sy tak sempat merasa maybe sbb s gi mkn benda lain kot
awak dah pernah rasa kah?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2023 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak akak ada asthma. Akak beri dia utk minum. Dia letak 3 helai saffron dlm air sebotol. Minum habis dan at the end of the day, dia muntah dan phlegm yg ada keluar sekali. Tapi muntah tu bukan kekejap mintah. Monum pagi, malam tu muntah. Lepas tu dia amalkan utk beberapa bulan (sebenarnya nak teman wife dia minum utk kandungan je). Dlm setahun tu dia x kena asthma attack. Cuma selesema je sesekali tp not too bad. Wife dia pun kulit elok lepas consume tu. Bukan instantly tp ambil masa sikit. Kena rajin amalkan je.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 02:36 AM | Show all posts
Kak-Leen replied at 24-11-2023 03:36 PM
Anak akak ada asthma. Akak beri dia utk minum. Dia letak 3 helai saffron dlm air sebotol. Minum habi ...

ye ke kak dia muntah2?
sebenarnya, Saffron dan Asthma (asthma jenis yg kerana allergic variant; byk variant asthma nih), memang ada hubungannya dari segi scientific nya dan ada beberapa serious scientific research papers on this ie Saffron boleh kurangkan inflammation dari asthma, maka kuranglah serangan nya
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 4-12-2023 02:36 AM
ye ke kak dia muntah2?
sebenarnya, Saffron dan Asthma (asthma jenis yg kerana allergic variant; by ...

Ye, ipes2. X sangka agak cepat kesannya.
Ada juga akak masukkan few strands dlm nasi bila tanak atau masukkan dlm rebusan ayam. Adik2 dia ada allergies. X berapa nampak kesannya pun bila diguna dlm masakan terus berbanding rrendam dlm air dijadikan minuman.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 05:15 AM | Show all posts
Kak-Leen replied at 5-12-2023 01:14 AM
Ye, ipes2. X sangka agak cepat kesannya.
Ada juga akak masukkan few strands dlm nasi bila tanak a ...

tu lah kakleen
sy hanya fasih tentang kegunaan dia untuk sedapkan makanan je
tak tahu sgt pasal kegunaan dia untuk health concerns
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.343907 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list