CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 912|Reply: 0

Bintang Bollywood gegar SNBJ

[Copy link]
Post time 24-10-2023 10:07 AM | Show all posts |Read mode
Bintang Bollywood gegar SNBJ





HRITHIK tarikan utama siri Stars on Fire Tour.


Selepas lapan tahun tidak menjejakkan kaki di Malaysia, akhirnya aktor popular dari India, Hrithik Roshan bakal kembali menghiburkan peminat Bollywood di Kuala Lumpur menerusi siri Stars on Fire Tour.

Hrithik, 49, yang dilaporkan antara artis menerima bayaran termahal dalam dunia perfileman India dijangka menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur pada 1 Disember depan sempena Stars On Fire Kuala Lumpur Live in Concert.

Acara dianjurkan Yess Boss Groups dengan kolaborasi Heart Art Entertainment dan Dembi Productions.

Pengarah Urusan Yess Boss Groups, Shahkeer Azzat Zailan berkata, penganjur sangat teruja membawa Hrithik untuk mengadakan persembahan di hadapan peminatnya.

"Membawa Hrithik Roshan kembali ke Malaysia selepas lapan tahun adalah sebuah misi yang penuh keterujaan.

"Ini akan menjadi tanda aras buat kami yang diberi kepercayaan oleh Dembi Productions dan Yess Boss Groups untuk merealisasikan mimpi peminat melihat Hrithik kembali mempesona dengan skil tarian dan penampilan memukau.

"Apa lagi Hrithik sendiri sangat berbesar hati untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat yang sentiasa menyambut hangat bukan hanya kerja seni, tetapi menghargai dirinya sebagai seorang individu," katanya.

Istimewanya dalam konsert ini adalah Hrithik tidak berseorangan atas pentas. Dia ditemani pengarah, penerbit dan aktor Prabhudeva.

Pasangan yang disayangi ramai iaitu Bharti Singh dan Harsh Limbachiyaa turut ditampilkan. Tidak lupa tiga diva terkenal Bollywood iaitu Aastha Gills, Vaani Kapoor, Maliaka Arora dan Sanya Malhotra.

Tiket mula dijual sejak 19 Oktober lalu dan maklumat lanjut layari laman web yessbossticket.

Hrithik menjadi tarikan utama dalam acara persembahan ini dikenali menerusi lakonan dan gerak tarinya ketika muncul di layar perak.

Bapa dua anak ini membuktikan kemampuannya apa meraih pelbagai anugerah termasuk enam kategori bagi Filmfare Awards dengan empat daripadanya memenangi kategori Aktor Terbaik.

Antara filem menampilkan Hrithik sebagai watak utama adalah Kaho Naa... Pyaar Hai, Fiza, Kabhi Khushi Kabhie Gham..., Koi... Mil Gaya, Dhoom 2, Jodhaa Akbar dan banyak lagi.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... ollywood-gegar-snbj

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.087403 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list