CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2190|Reply: 13

[Politik] 'Nombor plat VIP pemimpin PAS boleh bantu bayar hutang Harakah'

  [Copy link]
Post time 24-10-2023 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 24-10-2023 05:06 PM




Isu tuntutan hutang tertunggak bekas syarikat pencetak Harakah sepatutnya boleh diselesaikan sekiranya ada pemimpin PAS serius untuk menyelesaikan masalah berkenaan, kata Pemuda Amanah Perak.

Exconya, Azhar Rahman, berkata jika ada keinginan di pihak PAS, banyak pilihan yang boleh diambil oleh parti berkenaan bagi mengumpulkan sumber kewangan.

Satu daripadanya yang boleh difikirkan, kata Azhar, ialah menjana modal melalui penjualan nombor plat kenderaan VIP yang kini digunakan para pemimpin PAS.

Menurutnya, umum mengetahui ramai pemimpin PAS mempunyai kenderaan mewah yang dihiasi dengan nombor pendaftaran bertaraf VIP dan bernilai tinggi.

"Hasil jualan atau lelongan nombor-nombor plat tersebut - walaupun mungkin tidak dapat menebus keseluruhan hutang - paling tidak bolehlah melunaskan sebahagian hutang tersebut.

"Tindakan ini bukan sahaja menjadi langkah proaktif bagi mendapatkan sumber kewangan dengan cepat dan mudah, malah boleh dicontohi ahli PAS dalam usaha mendidik mereka memahami erti pengorbanan," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan rungutan Pengurus NAJ Press Resources (M) Sdn Bhd, Hussin Jan, yang menyatakan rasa geramnya melihat PAS serta kepimpinan parti itu "bermewah-mewah" ketika hutang pada syarikat percetakannya masih belum dilunaskan.


Rakyat boleh nilaikan


Tunggakan bayaran untuk mencetak Harakah itu dianggarkan bernilai jutaan ringgit dan ia masih membelenggu pemilik syarikat terbabit sejak tujuh tahun lalu.



Kata Azhar PAS tidak sepatutnya membebankan syarikat pencetak yang telah memberikan perkhidmatan dan mengeluarkan modal mereka untuk menampung kos.

Tambahnya parti itu juga tidak wajar memberikan alasan bahawa ahli akar umbi tidak membuat bayaran kepada Harakah sehingga menyebabkan masalah tersebut timbul.

Pada masa sama Azhar berkata PAS sepatutnya mengutamakan isu menyelesaikan hutang kerana ia adalah antara tumpuan yang diberi penekanan oleh Islam.

"PAS sebagai sebuah parti yang kuat melaungkan Islam sebagai penyelesaian segala masalah di atas muka bumi ini seharusnya sedar bahawa tuntutan membayar hutang itu adalah wajib dan perlu disegerakan.

"Jangan hanya kuat menjerit tentang Islam semasa pilihan raya sahaja tetapi parti dan pemimpin PAS sendiri tidak mengamalkannya.

"Ketika isu ini masih diselesaikan oleh PAS, maka rakyat kini bolehlah menilai sejauh mana kemampuan serta kesungguhan parti itu dalam isu urus tadbir yang baik," katanya.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2023 05:09 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 07:51 AM | Show all posts
itu sbb jangan percaya PAS/kerajaan negeri kelantan minta duit berbillion nak selesaikan masalah air. masalah kewangan dalaman pun x boleh urus. nanti duit itu dipusing utk naik taraf pusat tarbiyah dan PASTI.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 08:55 AM | Show all posts
pokokmeranti replied at 25-10-2023 07:51 AM
itu sbb jangan percaya PAS/kerajaan negeri kelantan minta duit berbillion nak selesaikan masalah air ...

like they care



Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Rdizz at 25-10-2023 09:46 AM

Hahaha

Nk urus duit byr utang cetak akhbar pun tak dapek, jgn berangan nk urus negara.

Jgn pulak nnti hulur tin milo mintk derma.

Dgn tak teti mengenang budi, parti lebai kg yg sapa pun tak mau jadi ahli dulu2 ni. Aktivis lama yg byk jasa dihina & dihalau keluar, yg tinggal yg nk reput perasan bagus atau bbnu yg buta sejarah, yg tua2 pulak jenis fikiran jumud atau ada kepentingan atau nk dipuja puji pengikut yg taksub.

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 09:56 AM | Show all posts
Dlm parlimen pun lebai konar baring takleh jawab sbb apa tak bayar hutang.wat malu parti isle jah


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2023 10:00 AM | Show all posts
pakai tin susu marigold kutip derma la.. tin melo israhell
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 10:46 AM | Show all posts
pertahankan PAS... set-tediiii jelutong  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2023 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Buruk nama isleeee...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Lolololoooo…
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 11:52 AM | Show all posts
May be itu strategi PAS untuk bayar hutang negara rm1.5 trillion kot. Pinjam je, tapi tak payah bayar sampai peminjam bankrup. Then terus tak payah bayaq.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap mereput la ….
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 25-10-2023 09:56 AM
Dlm parlimen pun lebai konar baring takleh jawab sbb apa tak bayar hutang.wat malu parti isle jah:lo ...

Kononnya depa tak tau nak bayar kat sapa sbb company yg pertama tu dah bankrup. Sbb tu tunggu keputusan mahkamah.
Masalahnya, hutang kat company kedua yg x bankrup pun depa tak bayaq lagi.

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 11:18 PM | Show all posts
Bila nak instihar bankrap niiiiii....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.069186 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list