CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 948|Reply: 0

[Terengganu] Bayi perempuan 16 bulan maut tertinggal dalam kereta bapa

[Copy link]
Post time 25-10-2023 03:20 PM | Show all posts |Read mode

Mayat bayi 16 bulan dibawa untuk dibedah siasat di Unit Forensik HSNZ, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Seorang bayi perempuan berusia 16 bulan yang juga anak seorang kakitangan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Kuala Nerus maut setelah ditinggalkan secara tidak sengaja di dalam kereta bapanya semalam.

Dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh bapanya pada pukul 4.30 petang.

Bapa mangsa yang cemas terus bergegas membawa bayi itu di pusat kesihatan IPTA berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, pemeriksaan pegawai perubatan bertugas mengesahkan bayi tersebut sudah meninggal dunia.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati bapa kanak-kanak tersebut terlupa untuk menghantar anaknya itu ke pusat asuhan kanak-kanak IPTA berkenaan pada sebelah pagi.

“Sepasukan anggota polis bergegas ke pusat kesihatan IPTA tersebut sebaik dimaklumkan kejadian itu.

“Mayat bayi tersebut ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk dibedah siasat,” katanya yang dihubungi Kosmo! di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... -dalam-kereta-bapa/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.047202 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list