CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Magika

Post Mortem Ops Piramid Pelajar M'sia Di Mesir :Pendapat Ikhlas #1356,1361,1363

  [Copy link]
Post time 2-2-2011 01:52 PM | Show all posts
Maideen rasa pelajar jurusan perubatan itu eloklah di lindungi dan di bawa balik kerana mereka berpo ...
Maideen. Post at 2-2-2011 12:42



    kau ni bukan takat zalim
ayat2 dah macam syaitonnnnn
kdg2 ko kena tukar dasar pemikiran ko ni maideen..
sebelum satuhari tuhan tunjukkan depan mata ko..
semua bala berbalik pada enkauu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2011 02:24 PM | Show all posts
KENYATAAN DARI MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
KENYATAAN AKHBAR
YB DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN
MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
MENGENAI KEADAAN DAN SITUASI TERKINI
PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA DI REPUBLIK ARAB MESIR
2HB FEBRUARI 2011 (RABU)
___________________________________________________________________
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil maklum, prihatin serta bersimpati dengan keadaan sukar dan situasi getir yang dihadapi oleh para pelajar Malaysia yang kini berada di Republik Arab Mesir, selepas hari kesembilan berlakunya demonstrasi dan rusuhan oleh rakyat Mesir di sana.


Untuk makluman semua, mengikut rekod pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, di Mesir kini terdapat seramai 11,319 orang pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di republik tersebut.  Jumlah ini termasuklah seramai 5,184 orang pelajar perubatan dan 6,135 orang pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang pengajian Islam.


Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melalui pejabat Jabatan Penuntut Malaysia (JPM) Kaherah sebelum ini telah melakukan hebahan nasihat keselamatan kepada semua pelajar agar mereka dapat menjauhkan diri daripada terlibat dengan aktiviti rusuhan dan demonstrasi oleh rakyat Mesir.  Di samping itu juga, nasihat serta siaran hebahan telah diberikan kepada semua pelajar agar mereka sentiasa dan dapat mematuhi arahan keselamatan termasuklah arahan perintah berkurung (curfew) pada masa-masa yang ditetapkan.  Selain daripada itu, semua pelajar Malaysia juga dinasihatkan agar dapat membuat persediaan penyimpanan makanan yang secukupnya bagi menghadapi saat-saat sukar di sana.


Sejak keadaan rusuhan kian meruncing serta tahap keselamatan pelajar Malaysia menjadi semakin membimbangkan, pihak JPM Kaherah telah memulakan usaha menempatkan para pelajar Malaysia dalam kumpulan yang lebih besar di beberapa tempat utama termasuklah di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah serta beberapa rumah negeri yang terdapat di sana.  Langkah ini bertujuan untuk memastikan keselamatan para pelajar agar lebih terjamin, selain bagi memastikan perhubungan komunikasi antara mereka tidak terputus.  Di samping itu juga, ketika berada di luar arahan perintah berkurung (curfew), pegawai-pegawai JPM Kaherah akan mengadakan kunjungan ke rumah-rumah pelajar Malaysia di sana bagi meninjau keadaan serta situasi pelajar Malaysia yang lain.  Pegawai-pegawai JPM Kaherah seterusnya akan menyediakan laporan keadaan terkini kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di Putrajaya.  Buat masa ini, seramai lebih 7,000 orang pelajar telah dapat dihubungi dan diketahui keadaan mereka.  Alhamdullilah, kesemua mereka kini berada dalam keadaan selamat dan terkawal tanpa mengalami apa-apa kecederaan dan tidak ada sebarang kematian yang melibatkan mereka.  Langkah ini akan terus dilakukan sehinggalah kesemua nasib dan keadaan pelajar Malaysia di sana dapat diketahui.


Sementara itu, bagi memudahkan ibu bapa dan keluarga para pelajar untuk mendapatkan status serta kedudukan terkini mengenai anak-anak serta ahli keluarga mereka di Mesir, mereka bolehlah menghubungi pegawai-pegawai Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia seperti di bawah:-
          1)      Yang Berbahagia Prof Dr Rujhan Mustafa
                   Pemangu Ketua Pengarah
                   Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia
                   No. Telefon       : +6019 – 270 8222
                   E-mel                  : mrujhan@mohe.gov.my


         


          2)      Yang Berusaha Dr Syed Alwee Shekh Alsagoff
                   Pengarah Bahagian Pemasaran Pendidikan
                   Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia
                   No telefon         : +6019 – 752 0672  
                   E-mel                  : alwee@mohe.gov.my


          3)      Encik Jamalulail Bin Abu Bakar
                   Ketua Penolong Pengarah Kanan
             Unit Jabatan Penuntut Malaysia
             Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia
                   No telefon         : +6012 – 931 6172
                   E-mel                  : jamalulail@mohe.gov.my


Seperti mana yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah umumkan semalam (1 Februari 2011), Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk melakukan operasi menyelamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di Republik Arab Mesir melalui udara dan juga laut.  Pelajar dan rakyat Malaysia akan di bawa ke Jeddah, Arab Saudi bagi mendapatkan bantuan perlindungan serta tempat yang lebih selamat di Arab Saudi.  Sehubungan dengan itu, kerjasama dan jasa baik daripada semua pihak amatlah diharapkan bagi memastikan urusan pemindahan berjalan dengan lancar dan sentiasa berada dalam keadaan selamat.


Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada ketika ini telah dimaklumkan mengenai pengumuman cuti oleh beberapa buah universiti utama di sana.  Cairo University menetapkan cuti selama 3 bulan; Universiti Al-Azhar selama 1 tahun; manakala Ain Shams University menetapkan cuti selama 6 bulan.



Pada ketika ini, pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sentiasa berhubung dan mendapatkan nasihat daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri untuk tindakan-tindakan selanjutnya diambil.  Pihak Kementerian Pengajian Tinggi juga sentiasa berhubung dengan pihak Kementerian Luar, Wisma Putra, Kementerian Pertahanan dan beberapa agensi keselamatan lain bagi mendapatkan maklumat lengkap dan situasi terkini mengenai keadaan pelajar Malaysia di Mesir.


Disediakan oleh:-


Pejabat YB Menteri Pengajian Tinggi
Putrajaya
2 Februari 2011


sumber : http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 02:30 PM | Show all posts
so unibersiti bagi cuti lama... takyah stay kat negara jiranlah.... balik malaysia je lah
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 02:34 PM | Show all posts
Reply 19# tecito


    kalau nak wat statement pon berpada2 la...jaga hati manusia sama...kalau tuan dah pernah mengaji d sana dan jd golongan pertama dan kedua mgkin ini ayat yg kuar dr mulut tuan.
tapi kalau tuan pernah berada d sana dan dudk d golongan ketiga baru lah tuan akan rasakan bahawa susahnya belajar d sana.kata org...xrasa x tahu
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 02:42 PM | Show all posts
AirAsia
‎[Special Announcement] - AirAsia will be sending one A320 aircraft to help bring Malaysians in Cairo home. AirAsia’s team will be headed by our Deputy Group CEO, Datuk Kamarudin Meranun. AirAsia will make 4 trips daily between Jeddah and Cairo covering 8 sectors.


TQ Airasiaa!!!~~
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 02:44 PM | Show all posts
patut siapa yang ada anak kat situ, beli tiket dan bagi balik. Tak payah tunggu kerajaan. Soal kesel ...
truly Post at 2-2-2011 13:11
parents haku dh prepare awl lg sblm krajaan umumkn nk bwk blk msia tp mslh utame nye airport tutup + bank tutup + curfew + keadaan yg x slmt utk dorg pg ke airport..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2011 02:56 PM | Show all posts
3 PENERBANGAN - 2 CHARLIE & 1 PENERBANGAN AWAM AKAN KE CAIRO UNTUK HANTAR MAKANAN DAN SEMUA FLIGHTS TERSEBUT AKAN PINDAHKAN SEBILANGAN PELAJAR KE JEDDAH. ALHAMDULILLAH.
Laporan di terima pada Selasa 1/2/2011, Jam 22:03pm

http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/

so bantuan ada yg dah sampai... dan maybi bantuan lain akan tiba menyusul kemudian
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 03:20 PM | Show all posts
bantuan laut dan udara...dah ada...

masalahnya skg..bagaimana nak keluarkan dorang dari tempat tinggal ni nak ke airport atau perlabuhan...adakah selamat? bagaimana caranya ?  :cry:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2011 03:37 PM | Show all posts
bantuan laut dan udara...dah ada...

masalahnya skg..bagaimana nak keluarkan dorang dari tempat ti ...
linamys Post at 2-2-2011 15:20


ada ke pikir psl benda tu........depa tau ckp jahh
nak masuk negara org boleh kot main masuk2 camtu
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 03:40 PM | Show all posts
moga rakyat malaysia kat mesir semua selamat dipindahkan.harap2 takde kecederaan berlaku
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 03:42 PM | Show all posts
kau ni bukan takat zalim
ayat2 dah macam syaitonnnnn
kdg2 ko kena tukar dasar pemikiran  ...
ejans Post at 2-2-2011 13:52



    Cuba buat hujah macam orang bertamadun, berilmu dan berpelajaran sebagai rebuttal kepada saranan Maideen ini dan bukan bercakap macam seorang lobai malang otak 3rd class yang hanya mampu Isle kehulu Isle kehilir, syumul kesana syumul kemari, sikit sikit hukum Allah sikit sikit hukum Allah dan terhina.

Pelajar jurusan perubatan di Egypt harus lah diberi perlindungan dan dibawa pulang ke Malaysia kerana mereka berpotensi untuk membawa kemakmuran kepada Negra. Pelajar jurusan lobai atau jurusan ulamak pulak haruslah diserahkan keselamatan mereka kepada Allah SWT. Lagi pon ini dapat menjimatkan duit rakyat marhaen.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 03:56 PM | Show all posts
Reply 268# linamys


    jalan kaki kot! @ telepot je .... kalau ada bas + teksi semestinya mahal.... nak sewa pun semestinya mahal.... dengarnya nak masuk kat airport pun kena rasuah askar jaga gate tu... so nak kesana naik teksi ke ape ke...semestinya mahal... nak jolok duit kat atm pun ada bandar still tutup lagi... bahan makanan pun skrg dah melambung mahal.....

harap kedutaan malaysia kat mesir tu ada/dapat sediakan transport utk tolong perpindahan.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 04:01 PM | Show all posts
beli tiket tapi jangan guna Egyp Air... flight cancel memanjang...
ada ke patut derang mintak student2 tu extra money... haish
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 04:03 PM | Show all posts
hari ni dan semalam ajer dah ramai orang beli tiket anak2 derang...
Intan dah keluar kan tiket Cairo - KL , Alexandaria - KL

semua pakat2 balik... tapi tu lah kesian kat client Intan yg dah beli tiket tapi flight kena cancel ...
mntak2 semuanya smooth kali ini....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 04:04 PM | Show all posts
charlie nya da tolak.kul 3 pg wktu tmpatan baru sampai sane....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 04:06 PM | Show all posts
Reply  linamys


    jalan kaki kot! @ telepot je  .... kalau ada bas + teksi semestinya mahal ...
darkharis Post at 2-2-2011 15:56



    perkara pertama, yg duduk luar dan sendiri2 tu..rasanya dorang kena dipindahkan ke rumah negeri masing2...
lps dah berkumpul rumah negeri memasing...dibawa ke kedutaan la kot..pastu baru boleh ke airport atau perlabuhan...

tak pun dari rumah negeri masing2...ada transport angkut mereka2 ni ke airport atau perlabuhan...

tak dapat bayangkan la..keadaan mcm mana especially kat cairo...sempit..sesak...kalau org buat demo dan perhimpunan..kawal sana sini , lagi teruk keadaannya tu.. alex next....isk....gerun gak..  negeri2 lain..ok lagi...

ambik masa..juga...kerana ramai kat sana....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2011 04:08 PM | Show all posts
mintak2 passenger saya selamat terbang...
malam ni ada satu flight....

x senang nak tido selagi derang ni semua x selamat ((
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 04:09 PM | Show all posts
Reply 274# intanazlynna


    Egypt Air..dorang hentikan penerbangan....

pada sesapa nak beli tiket tu.... ni ada maklumat...sumber dari  http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com

INFO PENERBANGAN

INI INFORMASI YANG KAMI DAPAT SELAMA BEBERAPA HARI INI, SAYA HARAP INI DAPAT MEMBANTU:

KALAU NAK BELI TIKET FLIGHT UNTUK ANAK:


  • JANGAN BELI tiket flight EGYPT AIR kerana:
  • Flight tak pernah depart dari Cairo ke Malaysia.
  • Selalu delay dan kemudian cancel.
  • Tiket akan burn stelah flight yang dijadualkan cancel.
  • Flight yang diberikan tidak menjanjikan penerbangan ke Malaysia.
  • Pelajar ramai terkandas di airport kerana sudah beli Egypt Air.
  • Sila BELI TIKET AIRLINES yang lain.
  • Cadangan : GULF AIR -  kebanyakan pelajar yang selamat sampai menggunakan airlines ini.
  • Cadangan : ROYAL JORDAN - update semalam diterima pelajar selamat board dari airlines ini.
  • JIKA TIDAK DAPAT PENERBANGAN KE MALAYSIA:
  • Beli tiket ke mana-mana negara berhampiran, kemudian baru ambil flight lain dari sana.
  • Jika ada saudara di negara jiran, lebih bagus
  • CARA UNTUK BELI TIKET DAN BERI PADA PELAJAR:
  • Beli tiket DARI MALAYSIA.
  • Bagi NOMBOR TIKET dan KOD RUJUKAN PENERBANGAN kepada pelajar.
  • Ikut langkah di atas.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 04:10 PM | Show all posts
Reply 276# linamys


    kalau nak selamat... mesti berkumpulan + duk dlm umah ke ape... try simpan stock makanan.... sambil2 try cari contact kat luar utk bantuan malaysian....

penting sekali jgn ikut demo... nnt dpt peluru sesat ka, diaorg bertempur ngan askar ka.... sapa susah?... tp dengarnya dah kuar amaran darurat... so sapa2 kuar utk certain time leh ditembak....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 04:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by intanazlynna at 2-2-2011 16:14

Tiket Egyp Air - boleh FULL REFUND no penalty...
kata officer Egyp Air di KL
;)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.162280 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list