CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 931|Reply: 0

[Politik] Anwar terima kunjungan hormat Jusuf Kalla, bincang isu Palestin

[Copy link]
Post time 27-10-2023 06:57 AM | Show all posts |Read mode
Anwar terima kunjungan hormat Jusuf Kalla, bincang isu Palestin



ANWAR mengiringi Jusuf yang mengadakan kunjungan hormat beliau di Seri Perdana, Putrajaya. FOTO Bernama


Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerima kunjungan hormat bekas Naib Presiden Indonesia Muhammad Jusuf Kalla dan isterinya, Mufidah di Seri Perdana, Putrajaya, malam ini.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Anwar berkata mereka membincangkan perkembangan isu Palestin yang menjadi perhatian dan sangat mengesankan Jusuf Kalla.

"Kesempatan yang ada turut kami gunakan untuk menyentuh kepentingan pengukuhan aliran dakwah dan pemikiran Islam yang sederhana di rantau Alam Melayu melalui aktiviti-aktiviti ilmu dan keagamaan.

"Ia juga seiring dengan peranan semasa Bapak Jusuf Kalla sebagai Ketua Dewan Masjid Indonesia (DMI)," katanya.

Perdana Menteri berharap agar pertemuan tersebut akan meneruskan lagi legasi panjang Jusuf Kalla yang sinonim dengan hubungan istimewa Malaysia dan Indonesia.

Anwar turut memuat naik beberapa keping gambar pertemuan itu.

SumbeR:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... incang-isu-palestin

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.786486 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list