CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5074|Reply: 6

Suami Sanggup Berhenti Kerja Dari Restoran 'Fast Food', Kini Berniaga Nasi Lemak Tepi Jalan

  [Copy link]
Post time 29-10-2023 10:12 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita dikenali sebagai Shafiya Lyanis berkongsi cerita mengenai suaminya yang nekad berhenti kerja di sebuah restoran makanan segera.


Katanya, suaminya Humaidi Aminudin menyuarakan hasrat itu ekoran terkesan dengan penindasan yang berlaku di Palestin.


Tanpa disangka, keputusan untuk berhenti kerja di sebuah  akhirnya mengundang rezeki yang sama sekali tidak terlintas di fikirannya.






"Sudah lebih enam tahun suami bekerja sebagai staf di restoran makanan segera tersebut. Hari-hari melihat penindasan yang berlaku pada saudara kita di sana membuatkan dia nekad mahu berhenti.


"Apabila melibatkan nama syarikat, suami risau pendapatan yang diperolehnya tidak berkat. Walaupun saya ada buat bisnes katering kecil-kecilan juga secara sambilan, tapi saya akui takut dan was-was pada mulanya.


"Iyalah, kami ada anak kecil dua orang. Dengan komitmen lain seperti rumah dan kereta lagi. Tapi suami dan keluarga meyakinkan bahawa rezeki Allah tu luas," katanya ketika dihubungi mStar.


Wanita berusia 27 tahun ini berkata, pada mulanya dia dan suami berhasrat mahu menjual menu lain namun disebabkan harga barangan yang tidak menentu, akhirnya mereka memilih untuk menjual nasi lemak.


"Hari pertama, hanya lima bungkus terjual. Masa tu fikir, boleh ke bertahan? Tapi kami teruskan dan hari kedua terjual 21 bungkus. Saya saja buat posting di media sosial untuk mempromosikan jualan kami.


"Memang terkejut apabila selepas posting itu, WhatsApp bertalu-talu masuk dan ramai yang nak infaq. Hari ketiga hampir 800 bungkus dan hari keempat dah 1,000 bungkus.


"Apabila dapat mesej ramai nak infaq, saya menangis... Ya Allah, begini sekali Dia nak beri rezeki lain kepada kami.


"Nasi lemak yang diinfaq ini kami bagi percuma di gerai berhampiran bus stop Taman Alai Indah setiap pagi kecuali Sabtu dan Ahad, serta diagihkan dekat masjid-masjid. Orang ramai boleh ambil tanpa limit, cuma jangan sampai membazir," ujarnya yang menetap di Teluk Mas, Melaka.






Disebabkan terlalu ramai insan yang ingin menginfaqkan nasi lemak jualannya, Shafiya berkata buat masa ini dia terpaksa menghadkan bilangan nasi lemak kepada 300 setiap hari kerana kekangan tenaga.


"Hanya saya dan suami yang buat semuanya. Selain kekangan tenaga, ia juga bertujuan untuk jaga kualiti," ujarnya.


Tidak menyangka perkongsiannya mendapat sambutan yang di luar jangkaan, Shafiya turut meluahkan rasa terharu apabila mendapat sokongan serta pujian ramai.


"Ada yang menulis, tindakan suami adalah jihad yang besar. Ya Allah, menangis apabila baca komen-komen netizen yang berbilang bangsa.


"Dalam kalangan yang mahu infaq ini ada juga influencer tapi ramai tak nak dikenali. Alhamdulillah, ramai mahu tumpang meraih pahala.


"Apa yang boleh saya katakan, yakinlah dengan rezeki Allah. Niat kita nak berubah untuk ke arah lebih baik, nak cari rezeki yang berkat, insya-Allah akan dipermudahkan," akhirinya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2023 09:00 AM | Show all posts
Moga dipermudahkan segala urusan dan murah rezeki buat abg ni dan juga acik2 yg berkuntum kat sini. Aamin
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Dapur & cara masakan dorang sure bersih sbb hb dia kerja kat res fast food.....jadi dah terbiasa dgn tahap kebersihan....ada quality control
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 30-10-2023 09:12 AM
Dapur & cara masakan dorang sure bersih sbb hb dia kerja kat res fast food.....jadi dah terbiasa dgn ...

Betul… tgk pon nampak nyummmyyy
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam nasik lemak Sabah. Nasik warna kuning.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2024 12:21 PM | Show all posts
Sedapnye nasik lemak kuning
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.082598 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list