CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3718|Reply: 0

Penang FC, Kuching City terikat tanpa jaringan

[Copy link]
Post time 29-10-2023 10:17 AM | Show all posts |Read mode
Penang FC, Kuching City terikat tanpa jaringan

Penang FC seri tanpa jaringan menentang Kuching City FC dalam aksi Liga Super di Stadium Negeri, Petra Jaya, Kuching. - Foto MFL


KUALA LUMPUR: Penang FC menamatkan rentetan enam kekalahan berturut-turut dalam liga selepas mengikat Kuching City FC 0-0 pada aksi Liga Super di Stadium Negeri, sebentar tadi.

Meskipun gagal membawa pulang tiga mata, satu mata ini setidak-tidaknya pasti memberi sedikit kelegaan kepada skuad bimbingan Chong Yee Fatt itu.

Awal permainan menyaksikan KCFC lebih menguasai permainan dan mengatur gerakan namun Penang FC perlahan-lahan mendapat rentak untuk menyeimbangkan permainan.

Tiada percubaan yang benar-benar berbahaya dapat dilakukan kedua-dua pasukan sehinggalah pada minit ke-21 menerusi percubaan deras penyerang PFC, Sonny Saad yang menguji Wan Muhammad Azraie Wan Teh.

Bagaimanapun, kedua-dua pasukan buntu mencari jaringan dan babak pertama sekadar berakhir dengan keputusan 0-0.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan terus berusaha mencari jalan untuk merobek gawang lawan namun beberapa serangan yang dilancarkan tidak cukup untuk menggegar gawang lawan.

Sonny terus menghadirkan ancaman buat KCFC namun percubaan jarak jauhnya yang sekali lagi cuba untuk menguji Wan Azraie tersasar pada minit ke-72.

Tiada jaringan dapat dihasilkan sehingga wisel penamat dibunyikan dan kedua-dua pasukan terpaksa akur berkongsi satu mata.

Selepas ini, kedua-dua pasukan akan berentap pada separuh akhir kedua Piala Cabaran di mana KCFC menentang Kelantan United dengan agregat terikat 1-1.

Skuad 'Harimau Kumbang' pula bakal berdepan PDRM FC di mana mereka ketika ini ketinggalan 1-2 secara agregat.

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... ikat-tanpa-jaringan


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.391894 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list