CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3657|Reply: 1

'Hanya satu sudu teh gula kalau minum di Putrajaya'

[Copy link]
Post time 29-10-2023 06:17 PM | Show all posts |Read mode
'Hanya satu sudu teh gula kalau minum di Putrajaya'



Peniaga, Siti Hajar Hussin, membancuh minuman menggunakan satu sudu gula pada Pelancaran Kempen Kurangkan Gula 2023 di Medan Selera Presint 16, Putrajaya, hari ini. - FOTO BERNAMA


Putrajaya: Kementerian Kesihatan menyenaraikan pelbagai inisiatif menerusi Pelan Advokasi Mengurangkan Gula bagi menyebar luas mesej dan kesan gula terhadap kesihatan.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa, berkata pelan yang merangkumi 'Kempen Kurangkan Gula' itu bertujuan meningkatkan kesedaran rakyat mengenai kesan gula berlebihan, sekali gus mengawal pengambilannya.

Katanya, pelan itu turut merangkumi kempen kurangkan gula dalam kalangan pengusaha gerai minuman di medan selera di Putrajaya.

"Saya difahamkan pengusaha minuman di medan selera sekitar Putrajaya bersetuju melaksanakan penggunaan satu sudu teh gula sahaja bagi minuman yang dipesan," katanya berucap melancarkan Kempen Kurangkan Gula 2023 peringkat kebangsaan di sini, hari ini.


Orang ramai menyokong kempen mengurangkan pengambilan gula dalam minuman dan makanan pada Pelancaran Kempen Kurangkan Gula 2023 di Medan Selera Presint 16, hari ini. - FOTO BERNAMA


Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kesihatan, Datuk Zainal Alhakab Seman.

Dr Zaliha berkata, ada beberapa pengusaha minuman sudah memulakan inisiatif pengurangan gula dalam minuman.

"Dalam hal ini, penghargaan dan pujian saya tujukan kepada pengusaha minuman di Medan Selera Presint 16 serta yang lain iaitu medan selera di Presint 8, Presint 9, Presint 11, Laman Perdana Presint 1, Laman Duta Presint 15 dan Trak Makanan Putrajaya yang menyahut cabaran mengurangkan gula.

"Pihak negeri diharap menyebarkan pelaksanaan pengurangan gula ini di peringkat negeri masing-masing dengan tumpuan kepada pengusaha minuman di gerai dan medan selera dengan kerjasama majlis perbandaran atau pihak berkuasa tempatan masing-masing," katanya.

Dr Zaliha berkata, pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti peningkatan berat badan dan obesiti, diabetes, karies gigi dan risiko penyakit tidak berjangkit yang lain.

Beliau berkata, obesiti berlaku disebabkan ketidakseimbangan antara tenaga atau kalori yang diambil melalui makanan dengan aktiviti fizikal yang dilakukan.

Dr Zaliha berkata, banyak kajian membuktikan kaitan pengambilan gula berlebihan dengan pelbagai jenis penyakit.

"Peningkatan jumlah pesakit memberi beban besar kepada ekonomi dan kewangan negara, dengan kos merawat penyakit diabetes mencecah RM4.38 bilion setahun pada 2017 berbanding RM2.04 bilion pada 2011," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... -minum-di-putrajaya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2023 10:21 AM | Show all posts
baguslah, tapi sgt ketara ramai org muda usia 40 je ada kencing manis...belum 60 dah ada yg meninggal etc etc....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.051432 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list