CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1447|Reply: 0

60 anggota, pegawai Unit Storm jalani latihan

[Copy link]
Post time 31-10-2023 04:04 PM | Show all posts |Read mode

Pegawai dan anggota bomba dari Unit Storm yang menyertai Ujian Atur Gerak Pasukan Khas (UAGPK), bergambar selepas Majlis Penutup Ujian Aturgerak Pasukan Khas Storm Zon Pantai Timur, di KECV di Tasik Kenyir. FOTO NAZDY HARUN

Kuala Berang: Seramai 60 pegawai dan anggota Unit Storm Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkampung di Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) bagi menjalani Ujian Atur Gerak Pasukan Khas (UAGPK).

Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Nordin Pauzi berkata, terdapat 500 keanggotaan yang diserap menyertai unit elit berkenaan di seluruh negara selepas layak dalam siri tapisan yang dilakukan.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sembilan adalah anggota wanita di mana mereka perlu memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan.

"Storm berperanan sebagai unit paling hadapan JBPM yang boleh diatur gerak dalam pelbagai operasi menyelamat terutama yang berisiko tinggi.

"Mereka juga mempunyai pelbagai kemahiran dan kepakaran selain kecekapan dalam mengendalikan peralatan menyelamat dan juga kenderaan.

"Unit ini juga digerakkan menyertai pelbagai misi di luar negara memandangkan kemahiran yang mereka miliki," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penutup UAGPK Storm Zon Pantai Timur di Tasik Kenyir, di sini, malam semalam.

Sementara itu, mengulas mengenai persiapan berdepan bencana banjir, beliau berkata, JBPM sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan terutama banjir.

"Kita boleh gerakkan bukan saja pegawai dan anggota sepenuh masa, malah kita juga mempunyai bomba bantuan dan sukarela yang turut digerakkan apabila berlakunya bencana banjir," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... torm-jalani-latihan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.046142 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list