CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2120|Reply: 0

[Terengganu] Pensyarah meninggal dunia ketika bermain tenis

[Copy link]
Post time 1-11-2023 04:56 PM | Show all posts |Read mode

ALLAHYARHAM Tengku Norazlan meninggal dunia ketika bermain tenis. FOTO ihsan FB IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

Kuala Nerus: Pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato' Razali Ismail di sini, rebah sebelum meninggal dunia ketika bermain tenis di dalam kampus itu, semalam.

Allahyarham Tengku Norazlan Tengku Sulaiman, 51, yang tinggal di Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu bermain tenis bersama beberapa rakannya sebelum rebah pada jam 6 petang.

Rakan mangsa, Yahaya Osman, 62, berkata, ketika kejadian dia dan arwah serta tiga rakan yang lain bermain tenis.

Menurutnya, selepas 30 minit bermain tiba-tiba mereka melihat arwah rebah dan mendapati tercungap-cungap ketika bernafas.

"Ketika kejadian, saya bersama arwah dan tiga rakan lain sedang bermain tenis seperti biasa sebelum mangsa rebah selepas setengah jam kami bermain.

"Pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia," katanya di sini.

Yahaya yang juga bekas pensyarah IPG terbabit berkata, arwah seorang yang aktif bersukan dan tidak menunjukkan keletihan sebelum beraksi.

Menurutnya, kali terakhir mereka bermain tenis di gelanggang IPG minggu lalu termasuk petang semalam dan arwah seperti biasa mahu bermain bersama.

"Sepanjang saya mengenali arwah sejak 10 tahun lalu, beliau seorang yang sihat dan kehilangan beliau begitu dirasai kami kerana arwah begitu disenangi termasuk dalam kalangan pelajar," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din mengesahkan berhubung kejadian itu.

"Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... etika-bermain-tenis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.067739 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list