CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3539|Reply: 0

[Politik] Jemput Teresa ke Langkawi tanpa pakaian sebab persoal pemakaian seluar pendek, Speaker belum buat keputusan ke atas Suhaimi

  [Copy link]
Post time 1-11-2023 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 1-11-2023 11:41 PM


KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat masih menjalankan siasatan terhadap kenyataan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah yang didakwa mengeluarkan kenyataan seksis terhadap Ahli Parlimen Seputeh minggu lalu.

Tan Sri Johari Abdul berkata, beliau sedang mengumpulkan maklumat dan belum membuat keputusan  mengenai tindakan boleh dikenakan terhadap ahli parlimen itu  termasuk ‘membicarakannya’ ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

“Insya-Allah sebaik keputusan dibuat, saya akan maklumkan kepada YB (Yang Berhormat). Harap bersabar,” katanya semasa mempengerusikan mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Lim Lip Eng [PH-Kepong] bertanya Johari berhubung status usul yang dikemukan.

Selain Lip Eng, Young Syefura Othman [PH-Bentong] turut menghantar usul ke pejabat setiausaha Dewan Rakyat untuk mengheret Mohd. Suhaimi ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, susulan ucapan seksis ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024, baru-baru ini.



Pada 27 Oktober lalu, Young Syefura ahli parlimen pertama mencadangkan  Mohd. Suhaimi dirujuk ke  Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen susulan kenyataannya menjemput  Teresa Kok Suh Sim ke Langkawi walaupun tanpa berpakaian.

Ia sebagai respons terhadap pertanyaan Teresa  yang meminta Mohd. Suhaimi mengesahkan sama ada benar pelancong tidak dibenarkan memakai seluar pendek di bawah pentadbiran Pas.

“Saya mahu jemput khusus kepada Seputeh, YB (Yang Berhormat) Seputeh datang tidak mahu pakai apa pun tidak apa,” katanya.

Ketika diarah menghentikan perbahasan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng, Mohd. Suhaimi menuding jari kepada Teresa kerana bertanya soalan berkaitan pemakaian seluar pendek di Langkawi terlebih dahulu.

Beliau juga enggan menarik balik kenyataan itu meskipun diminta oleh Chong Zhemin [PH-Kampar].

“Saya terlupa hendak sebut, saya mahu bayangkan bagaimana Seputeh datang tidak pakai apa-apa ke Langkawi. Itu sahaja,” katanya. – UTUSAN


https://www.utusan.com.my/berita/2023/11/jemput-teresa-ke-langkawi-tanpa-pakaian-speaker-belum-buat-keputusan-ke-atas-suhaimi/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.214493 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list