CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1747|Reply: 0

[Politik] Hari ini minta keluar rehat sampai esok

  [Copy link]
Post time 7-11-2023 07:42 AM | Show all posts |Read mode
Hari ini minta keluar rehat sampai esok

Ahmad Marzuk (depan) tidak berpuas hati dengan keputusan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat mengarahkan beliau keluar Dewan Rakyat.


KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaary diarahkan keluar Dewan Rakyat lewat petang tadi kerana dianggap menuduh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming sebagai Islamofobia.

Arahan itu dikeluarkan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng selepas Ahmad Marzuk enggan menarik balik kenyataannya berkaitan perkara tersebut.

“Saya sudah buat keputusan (Ahli Parlimen) Pengkalan Chepa perlu tarik balik fitnah kepada menteri. Pengkalan Chepa kata nak buat usul, jadi buat usul selepas ini. Hari ini minta keluar untuk rehat sampai esok,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Ahmad Marzuk namun mendakwa beliau tidak faham kenyataan apa yang perlu ditarik balik kerana keadaaan dalam Dewan Rakyat ketika itu kelam kabut (kecoh).

“Seseorang Ahli Parlimen tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat terhadap Ahli Parlimen lain. YB Pengkalan Chepa sebut tentang menteri Teluk Intan,” kata Alice Lau.

Keadaan menjadi tegang apabila Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang saling menjerit memaksa Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat menggesa mereka supaya bertenang.

Terdahulu, Ahmad Marzuk berkata,
Islamofobia disebabkan oleh salah faham terhadap Islam bukan saia berlaku dalam kalangan masyarakat, tetapi dalam kalangan menteri.

“(Ahli Parlimen) Teluk intan beberapa kali membuat hantaran (di media sosial) dan dulu menyebut Taliban dan sebagainya. Adakah YB menteri agama berusaha memahamkan menteri-menteri Kabinet dulu?,” katanya. – KOSMO! ONLINE

SUMBER:https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... -rehat-sampai-esok/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.254871 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list