CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2025|Reply: 11

[Politik] Ahli parlimen Gua Musang pula sokong Anwar

[Copy link]
Post time 8-11-2023 08:44 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 8-11-2023 09:02 AM

Ahli parlimen Gua Musang pula sokong Anwar
Diterbitkan:  Nov 7, 2023 11:14 PM




Ahli parlimen PN untuk Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim secara rasmi mengisytiharkan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

"Keputusan saya ini adalah bertujuan untuk memastikan kebajikan penduduk parlimen saya terbela dan akan terus mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur sebagaimana yang saya mohon untuk dilaksanakan di parlimen saya dalam tempoh penggal perkhidmatan saya," kata pada satu kenyataan di Facebook malam ini.

Mohd Azizi yang juga Adun Nenggiri berkata dia menyokong inisiatif-inisiatif kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat negara ini sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Sejujurnya, saya tidak berniat untuk keluar atau mengkhianati parti Bersatu.

"Tetapi demi memastikan parlimen saya Gua Musang seiring dengan pemerintahan persekutuan, adalah wajar untuk saya bersama di dalam saf kepimpinan Putrajaya yang diketuai YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim," jelas Mohd Azizi yang merupakan ketua Bersatu Gua Musang.

“Buat masyarakat Gua Musang yang sangat saya kasihi, marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah sentiasa memberkati bumi bertuah ini (Gua Musang) dan kita semua mendapat limpahan pembangunan sebagaimana diharapkan,” katanya lagi.

Minggu lalu, Ahli Parlimen Labuan Dr Suhaili Abdul Rahman, menyatakan sokongannya kepada Anwar sebagai perdana menteri.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid seperti Suhaili, menyuarakan sokongan terhadap Anwar sebagai perdana menteri, dengan menyorot kos sara hidup yang semakin meningkat di kawasannya.

Sokongan ketiga-tiga ahli parlimen PN ini memberikan kerajaan pimpinan Anwar majoriti dua pertiga.

Hari ini, Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu menggantung keanggotaan Suhaili dan Iskandar Dzulkarnain.

Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin malam ini mengesahkan Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu menggantung keanggotaan Suhaili dan Iskandar Dzulkarnain.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2023 08:52 AM | Show all posts
ni kira tebuk atap ke tebuk belakang?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 10:37 AM | Show all posts
tebok atap apo lak nyahh kalo kjaan dah stabil majoriti hampir 2/3..



yg kata tebok atap tu yg kalah pru tapi tak puas hati menggelupor nak jadi kjaan dgn main ikut pintu blkg!
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
adoii lahai.. undi ko dulu dari PAS je.. bersatu tkde ahli pun. hrpkn tumpang PN je
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Jijiknya lah...better ko letak jawatan jelah
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 10:40 AM | Show all posts
bersatu ni sebenarnya parti sampah...parti lucah even
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2023 11:23 AM | Show all posts
Mersadis..mersadis....
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 01:46 PM | Show all posts
tripleid replied at 8-11-2023 10:37 AM
tebok atap apo lak nyahh kalo kjaan dah stabil majoriti hampir 2/3..

yelah.  kau buat semua halal. orang lain je tak boleh. perangai mcm zionis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2023 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
zorrro_03 replied at 8-11-2023 01:46 PM
yelah.  kau buat semua halal. orang lain je tak boleh. perangai mcm zionis

Kan dah kantoi dakwann Hamzah zainudin konon mp kena ugut tu hanyalah fitnah pembohongan semata2 demi nak cover malu..


Semua mp yg sokong pmx atas kerelaan dorg sendiri bukannya kena ugut dgn sape2 pon...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 02:08 PM | Show all posts
s@s@ replied at 8-11-2023 08:52 AM
ni kira tebuk atap ke tebuk belakang?

takde tebuk mana2, melukut ja sebab orang tu dah ada kuasa demi sesuap bajet. Dia sanggup jilat demi kawasan yang diwakili katanya. Ok lah kot.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 02:28 PM | Show all posts
dah lama tau yg dalam parti bersatu ke parti pejuang ke semua yg ada bau bau atok saka mmg xbleh pakai
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 04:42 PM | Show all posts
tripleid replied at 8-11-2023 01:59 PM
Kan dah kantoi dakwann Hamzah zainudin konon mp kena ugut tu hanyalah fitnah pembohongan semata2 d ...

ye laaaa.  ambik je.  kau telan laa semua ludah kahak kau dulu.  pintu belakang konoooonnn puiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.061477 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list