CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3566|Reply: 4

[Dunia] Indonesia keluar fatwa boikot barangan, perkhidmatan syarikat sokong Israel

  [Copy link]
Post time 12-11-2023 12:49 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 12-11-2023 05:22 AM

JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa menggesa orang ramai memboikot barangan dan perkhidmatan syarikat yang menyokong Israel sebagai menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin.

MUI menegaskan, umat Islam di negara itu perlu menyokong perjuangan Palestin menentang pencerobohan Israel dan mengisytiharkan bahawa sokongan untuk Israel atau penyokongnya adalah haram atau bertentangan dengan undang-undang Islam.

Ketua Eksekutif MUI, Asrorun Niam Sholeh berkata, pihaknya menggesa setiap umat Islam untuk mengelakkan sebanyak mungkin transaksi dan penggunaan produk Israel, mereka yang bergabung dengan Israel, dan menyokong penjajahan serta Zionisme.

“Kami tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang berperang dengan Palestin, termasuk menggunakan produk yang hasilnya menyokong tindakan pembunuhan rakyat Palestin,” katanya.

Fatwa MUI yang terbaharu itu menggesa orang ramai memboikot jenama barat yang menunjukkan sokongan kepada Israel dalam perangnya dengan pejuang Hamas.

Fatwa MUI tidak mempunyai kuasa undang-undang, namun berpengaruh bagi menggalakkan umat Islam di negara berpenduduk majoriti Islam paling ramai di dunia itu supaya tidak mengambil tindakan tertentu yang menyokong Israel.

Indonesia, yang menyokong kemerdekaan Palestin, menggesa penyelesaian konflik berdasarkan ketetapan rumusan dua negara yang dipersetujui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). – AFP



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2023 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesia patut buat rebranding jgn amik produk2 yg sokong rejim zionist.. tapi sebaliknya, pi wat juai beli import-eksport dgn deme..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia tak boleh boikot. Boleh menjejaskan persahabatan bini PMX dengan bini Setanyahu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 10:06 AM | Show all posts
Majelis Ulama Indonesia itu bukanlah mewakili negara Indonesia ... MUI itu hanyalah NGO yang fatwanya boleh dipatuhi atau tidak sifatnya X terikat .. X ada sanksi atau hukuman jika kita mengabaiakannya ....Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Indon ada telur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-7-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.076500 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list