CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3151|Reply: 0

Mohd Azman dilantik Pengarah JSPT baharu

[Copy link]
Post time 14-11-2023 01:06 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain (tengah), menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Datuk Mohd Nasri Omar (kiri), kepada Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. FOTO FATHIL ASRI

Kuala Lumpur: Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri secara rasminya dilantik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Upacara serah terima tugas disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam Majlis Serah Terima Tugas dan Majlis Pemakaian Lencana Pangkat, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Razarudin berkata, beliau mengharapkan penugasan JSPT di bawah tampuk kepimpinan yang baru dapat berada dalam keadaan terbaik khususnya kerja di lapangan daripada aspek logistik, peralatan, kemahiran dan latihan.

"Dengan adanya keseimbangan antara keperluan dan kebajikan, diharapkan ia dapat menginspirasi JSPT menjadi jabatan yang lebih unggul dalam menjamin kesejahteraan pengguna jalan raya," katanya.



Razarudin turut merakamkan penghargaan kepada usaha JSPT yang mewujudkan sistem pembayaran saman dan pembekalan dokumen secara dalam talian.

"Pelaksanaan portal dan aplikasi MyBayar Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi kemudahan dan pelbagai manfaat kepada pengguna," katanya.

Turut menerima serah terima tugas ialah Datin Nassariah Mohd Nassir sebagai Pengerusi Persatuan Keluarga Polis JSPT (PERKEP) menggantikan Datin Hamidah Hashim yang menerajui PERKEP sebelum ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... engarah-jspt-baharu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.159475 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list