CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4315|Reply: 14

[Tempatan] Peneroka FELDA tanggung rugi jika harga gula kekal rendah - Ahmad Shabery

[Copy link]
Post time 14-11-2023 05:39 PM | Show all posts |Read mode
Edited by rashiman at 14-11-2023 05:40 PM


Kesian Peneroka FELDA terpaksa menanggung subsidi gula .




Peneroka FELDA tanggung rugi jika harga gula kekal rendah - Ahmad ShaberyNovember 10, 2023 @ 9:22am



Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. - Foto NSTP



KUALA LUMPUR: Kenaikan harga gula mentah berkali ganda sejak 2020 menyebabkan harga sebenar jauh melangkaui harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan pada RM2.85 sekilogram.
Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata jika keadaan itu berterusan dan harga gula kekal rendah, ia akan menyebabkan warga peneroka terpaksa menanggung kerugian berterusan.


Ahmad Shabery berkata, ini berikutan, mereka adalah pemegang saham FGV Holdings Berhad (FGV) dan Koperasi Permodalan Felda Bhd (KPF), yang memegang saham utama syarikat pengeluar gula utama negara MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM).
"FGV serta KPF masing-masing pemegang saham sebanyak 51 peratus dan 15.27 peratus syarikat MSM dan dalam masa yang sama warga Felda merupakan pemegang saham untuk dua syarikat itu.

"Isu besar (sekarang) adalah harga gula mentah yang melambung tinggi, pada 2020 harga gula mentah kos RM200 per tan, sekarang dah meningkat berkali ganda kepada RM600 per tan.

"Mahal macam mana pun, kos harga siling gula yang dijual kepada orang ramai adalah RM2.85 (sekilogram)," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Katanyay, ia menyebabkan MSM mengalami kerugian besar dan tidak dapat memberi pulangan yang sepatutnya kepada FGV dan KPF, contohnya pada 2022 apabila kerugian mencecah RM178 juta yang memberi impak besar kepada warga FELDA.
Selain itu, katanya, harga gula standard di negara ini jauh lebih rendah berbanding negara di rantau Asia seperti Thailand yang menjual gula pada RM3.90 hingga RM4 sekilogram.
"Sebenarnya harga gula kini disubsidi oleh peneroka kerana mereka pemegang saham MSM, bukannya kerajaan. Bayangkan subsidi RM1 sekilogram, itu (jumlah) besar. Tidak adil sekiranya mereka terus menanggung subsidi itu," katanya.
Oleh yang demikian, beliau berharap kerajaan mengambil tindakan yang sewajarnya supaya warga peneroka tidak terus dibelenggu menanggung subsidi gula dan Felda akan berunding dengan kerajaan untuk mencari mekanisme terbaik dalam menyelesaikan isu berkenaan. – BERNAMA






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2023 05:43 PM | Show all posts
so, selama ni harga gula rendah sbb gomen tetapkan harga siling?

so nak mintak gomen jgn kontrol harga..

warga peneroka mgkn suka

tapi 30 juta rakyat Mesia x marah ke nnt?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2023 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak selamatkan share pelda org lain kena top up? Minyak masak mahal pun org pelda mengeluh x de untung, so lps ni naikkan rega ikan sbb nelayan kais pagi mkn ptg?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2023 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Gula ni nak naikkan skit ok kut.. jd rakyat malaysia ni blh la kurangkan mkn gula lps ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2023 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Berita 7 jota rakyat tanah ayer bakal kena
koncing manis tak sampai 2 tahun lagik tersenyum sinisssss

7 juta rakyat Malaysia hidap diabetes menjelang 2025
https://www.utusan.com.my/berita/2023/07/7-juta-rakyat-malaysia-hidap-diabetes-menjelang-2025/
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2023 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 14-11-2023 06:44 PM
Nak selamatkan share pelda org lain kena top up? Minyak masak mahal pun org pelda mengeluh x de untu ...

Tu lah.. nk tau jgk peneroka felda dh kaya ke lps rege minyak naik ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2023 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tarik ajer lah semua subsidi. Tu jer malamat yg ko nak. Tarik jer semua. Bio rakyat hadap jer semua rege barang yg mencanak2 naik nih..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2023 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi rm3.00 ke? Ke tinggi lagi?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2023 07:48 PM | Show all posts
Siapa suruh dulu bina ekonomi berasaskan sabsidi kalah komunis. Sekarang baru sedar rakyat dah sedap manja cubalah tarik kalau berani.

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2023 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
menjad replied at 14-11-2023 07:25 PM
Tarik ajer lah semua subsidi. Tu jer malamat yg ko nak. Tarik jer semua. Bio rakyat hadap jer semua  ...

Sebenarnya ini adalah yg terbaik. Duit penjimatan subsidi salurkan balik kpd rakyat tempatan. Sekrg ni, 3 juta rakyat asing pun tumpang semangkuk subsidi kita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2023 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 14-11-2023 06:44 PM
Nak selamatkan share pelda org lain kena top up? Minyak masak mahal pun org pelda mengeluh x de untu ...

Salah tu....peneroka felda yg selamatkan org lain dgn beri subsidi gula utk org lain mcm kau , dengan dpt beli harga gula dgn harga rendah, bukan ikut harga pasaran.
Kau kena berterimakasih dgn peneroka felda.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2023 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 14-11-2023 07:25 PM
Tu lah.. nk tau jgk peneroka felda dh kaya ke lps rege minyak naik ni

Rege minyak dah ok, tentulah mewah sikit dari dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 14-11-2023 10:39 PM
Salah tu....peneroka felda yg selamatkan org lain dgn beri subsidi gula utk org lain mcm kau , den ...

Salah tu.....bukan peneroka felda ye, yg tubuhkan fgv tu sapa? Byk bisnes lain lbh untung dh knp melabur kt tempat berisiko, tnya kt bod fgv la
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 07:40 PM | Show all posts
Firenzza replied at 14-11-2023 10:44 AM
Nak selamatkan share pelda org lain kena top up? Minyak masak mahal pun org pelda mengeluh x de untu ...

bayangkan kerajaan umum harga malam ni
tengah tido pikirkan boleh la untung gula naik
mana tahu esok sarapan pagi kedai makan dah up harga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2023 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 15-11-2023 07:08 PM
Salah tu.....bukan peneroka felda ye, yg tubuhkan fgv tu sapa? Byk bisnes lain lbh untung dh knp m ...

Pemegang saham terbesar FGV adalah KPF, hasil modal KPF adalah dari pelaburan warga Felda. Keuntungan FGV akan juga memberi keuntungan kepada warga Felda.
Biarlah Peneroka Felda nak menguasai pasaran gula, minyak sawit negara.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.089729 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list