CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3136|Reply: 0

[Perlis] Fakhrul Anwar digugur, 2 Adun baharu

[Copy link]
Post time 16-11-2023 01:53 PM | Show all posts |Read mode

Fakhrul Anwar Ismail.

Arau: Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Penjaja dan Peniaga Kecil, Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Pembangunan Usahawan dan Industri Kecil dan Sederhana negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bintong, Fakhrul Anwar Ismail digugurkan dari barisan Exco negeri Perlis.

Beliau digantikan oleh Adun Kayang, Asrul Aimran Abd Jalil pada Majlis Istiadat Perlantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli - Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis bagi Penggal baharu di Istana Arau, di sini hari ini yang dihadiri Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Selain itu, Adun Tambun Tulang yang juga Ketua Penerangan Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis, Wan Zikri Afthar Ishak dilantik menjadi Exco Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan menggantikan Adun Santan, Muhammad Azmir Azizan.

Beliau turut memegang portfolio Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana dan Wilayah Ekonomi Baharu dan Pemerkasaan Usahawan dan Ekonomi Kreatif negeri.



Selain itu juga, terdapat beberapa perubahan dari segi portfolio dalam kalangan exco sedia ada menerusi beberapa penyusunan semula portfolio turut dilakukan.

Majlis turut dihadiri Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Yusran Mohd Yusof.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gugur-2-adun-baharu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.374589 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list