CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2734|Reply: 0

[Kedah] Buang daun ganja ke laut sebelum larikan diri ke Thailand

[Copy link]
Post time 16-11-2023 02:48 PM | Show all posts |Read mode

Anggota Maritim mengangkat tiga bungkus daun ganja segar yang dibuang ke laut pada kedudukan 1.9 batu nautika timur laut Tanjung Kemarung, di Langkawi pada malam Rabu. - Foto Maritim Malaysia



LANGKAWI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis merampas tiga kilogram (kg) daun ganja segar yang dibuang ke laut pada kedudukan 1.9 batu nautika timur laut Tanjung Kemarung, di sini pada malam Rabu.

Pengarah Maritim Negeri, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, tiga bungkusan daun ganja segar bernilai lebih RM9,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran dalam kejadian jam 10 malam.

Menurutnya, Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (Swasla) Langkawi mengesan sebuah bot fiber bergerak masuk ke perairan Langkawi dari sempadan Thailand dalam keadaan mencurigakan.

"Maritim Malaysia Kedah dan Perlis menyampaikan maklumat kepada bot peronda yang melaksanakan operasi Op Aman dan Op Tiris 2.0 ke lokasi berkenaan bagi memintas dan menyerbu bot terbabit.



Tiga bungkus daun ganja segar yang dibuang ke laut pada kedudukan 1.9 batu nautika timur laut Tanjung Kemarung, di Langkawi pada malam Rabu. - Foto Maritim Malaysia

"Menyedari kehadiran bot ronda Maritim Malaysia di lokasi, suspek yang disyaki membawa daun ganja tersebut bertindak membuang tiga bungkusan plastik ke laut dan menukar haluan dengan berpatah balik menuju ke arah sempadan Thailand bagi melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Romli berkata lagi, bahan larangan itu dipercayai cuba diseludup masuk dari negara jiran ke Malaysia untuk diproses dan dijual kepada rakyat tempatan.

Jelasnya, semua hasil rampasan dibawa ke Jeti Maritim Bukit Malut dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat bagi siasatan di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.



"Maritim Malaysia Kedah dan Perlis telah merangka pelan tindakan bagi menangani kegiatan ini daripada berleluasa.

"Aset-aset Maritim Malaysia telah diletakkan dalam keadaan siap siaga sepanjang masa, meningkatkan intipan, rondaan dan kawalan di kawasan-kawasan hot spot serta melaksanakan operasi-operasi khas bersama Bahagian Perisikan dan Bahagian Siasatan Jenayah Maritim," ujar beliau.

https://www.sinarharian.com.my/a ... an-diri-ke-thailand

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.050265 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list