CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3742|Reply: 0

[Tempatan] ‘Tak perlu ingat lagi kes Along Spoon’ - bapa Allahyarham Along Spoon

[Copy link]
Post time 17-11-2023 08:35 AM | Show all posts |Read mode
‘Tak perlu ingat lagi kes Along Spoon’



Shafiee yusof ketika menziarahi pusara anaknya, Along Spoon di Kuala Lumpur dua tahun lalu. – Gambar Fail


PETALING JAYA – “Tak perlu saya ingat semua ini lagi, apa pun semua ini adalah ketentuan Allah.”

Demikian jawapan ringkas bapa Allahyarham Along Spoon, Shafiee Yusof, 73, ketika di­tanya mengenai pembebasan pembunuh anaknya selepas Mahkamah Persekutuan meminda hukuman pemenjaraan sepanjat hayat kepada penjara 33 tahun semalam.

Syafiee yang lebih mesra disapa sebagai Pak Engku berkata, tiada lagi sebarang komen selepas pihak mahkamah membuat keputusan.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan Putrajaya semalam meminda hukuman pemenjaraan sepanjang hayat yang dikenakan terhadap Mohd. Ya’cob Demyati, 57, kepada penjara 33 tahun.

Sebelum ini, Mohd. Ya’cob diperintah menjalani hukuman mati, namun ia diringankan kepada penjara sepanjang hayat selepas Lembaga Pengampunan membenarkan petisyen rayuannya sekali gus membebaskannya daripada penjara.

Perkara tersebut disahkan peguam Mohd. Ya’cob, Che Muji Che Noh.

“Insya-Allah, dia bebas hari ini (semalam), 33 tahun (penjara) dari tarikh tangkap pada 4 Ja­nuari 2000, satu pertiga daripada cuti dan lain-lain bermakna dia dah serve (menjalani hukuman penjara) 33 tahun,” katanya.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... gi-kes-along-spoon/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.056690 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list